Kelebihan Berulang Alik Ke Masjid
Tarikh:
Jun 15, 2012
Riwayat:
Bukhari dan Muslim
Kategori:
Ibadah Hadith:
Daripada Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik.
Huraian Hadith:
-
Hadis ini memberitahu kelebihan berulang-alik ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah.
-
Seseorang yang rajin ke masjid dengan tujuan beribadat secara ikhlas disediakan Allah baginya ganjaran yang istimewa.
-
Setiap orang digalakkan untuk menghidupkan masjid dengan berbagai-bagai kegiatan ibadah.
- Hits : 1879







