Larangan Berpuasa Pada Hari Yang Diragukan (hari syak)

Tarikh: 
Sep 04, 2009
Riwayat: 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Kategori: 
Ibadah
Hadith: 
Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a. katanya: Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan apakah bulan syaaban sudah habis atau bermulanya sudah bermulanya bulan ramadhan, sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi s.a.w.
Huraian Hadith: 
1. Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh kaum muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah 29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW: "Satu bulan itu 29 malam. Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari melihatnya), maka genapkanlah 30 hari." (al-Bukhari).
2. Puasa Ramadhan adalah puasa yang diwajibkan oleh Allah ke atas orang-orang mukmin dan ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang Lima.
3. Sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai rukun dan syaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan, sesuai dengan matlamat Islam untuk menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.