Melihat Allah

Tarikh: 
Nov 12, 2011
Riwayat: 
(Muslim)
Kategori: 
Ibadah
Hadith: 
Dari Abu Dzar r.a katanya:Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Adakah anda melihat Allah? Jawab baginda:Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?
Huraian Hadith: 
Terkadang manusia merasa bahawa matanya dapat melihat segala-galanya dan lupa bahawa mata itu terbatas dan amat peka untuk mengalami kerosakan. Seperti Bani Israil yang pernah meminta syarat untuk beriman kepada Allah dan rasul-Nya.
Dan ingatlah , ketika kamu berkata : Hai Musa, kami tidak akan beriman kepada mu sebelum kami melihat Allah dengan terang , kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya (al-Baqarah : 55) Nabi Musa pula pernah meminta kepada Allah.Berkatalah Musa : Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatmu Allah berfirman : Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya (seperti sediakala) nescaya engkau akan dapat melihat Ku . Tatkala Allah (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka), Tajalli-Nya menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata : Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku) aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku. (al- A'raaf :143) Semoga kita dapat menggunakan mata kita ini untuk mengakui Kebesaran dan Kekuasaan Pencipta.