Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
1 Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan
Daripada Abu Bakar RA katanya, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah : 105. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.”

 
 
May 16, 2012
2 Berani Kerana Benar
Daripada Abu Sa’id Al-khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sebaik-baik perjuangan ialah bercakap benar di sisi sultan (pemerintah) yang zalim.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)
May 15, 2012
3 Balasan Syurga Yang Teramat Indah
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."
May 14, 2012
4 Balasan Syurga Yang Teramat Indah
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Allah berfirman:Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."
May 14, 2012
5 Memberi Amanah Kepada Yang Berhak
Dari Abu Zhar, dia berkata : Saya berkata: “Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya."  Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zhar  engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.”
May 11, 2012
6 Menjama'kan Dua Solat Ketika Hujan
Daripada Ibn Abbas R. Anhuma: Maksudnya: "Nabi SA W mengerjakan solat di Madinah sebanyak 7 dan 8 rakaat, iaitu solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isya'. Muslim menambah: Bukan ketika takut dan bukan ketika bermusafir. Sementara dalam riwayat al-Bukhari pula: Seorang periwayat hadith bernama Ayyub berkata: Mungkinkah ketika itu malam hujan lebat? Jawabnya: Mungkin juga. Dalam riwayat Muslim lagi: Ibn Abbas berkata: Baginda tidak mahu menyusahkan sesiapapun di kalangan umatnya.' 
May 10, 2012
7 Perangi Pemimpin Maksiat
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".
May 09, 2012
8 Menentang Kemungkaran
Daripada Abu Mas'ud RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tiada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong-penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata tetapi tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itutiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi."
May 08, 2012
9 Perkara-perkara yang Membatalkan Wudhu'
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu." Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: "Apakah hadas itu?" Abu Hurairah menjawab: "Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus."
May 07, 2012
10 Kasih Sesama Muslim
Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya, "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
May 04, 2012
11 Agama Adalah Nasihat
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
May 03, 2012
12 Penghuni syurga ialah sebaik-baik muslim
Dari Abdullah, katanya: "Bersabda Rasulullah SAW kepada kami: "Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?" Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: "Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?" kata Abdullah, "kami pun mohon diperbanyakkan lagi". Akhirnya Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih."
May 02, 2012
13 Adab Buang Air
Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang: "Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?" Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.
Apr 30, 2012
14 Diharuskan Menangis Kepada Orang Yang Meninggal Dunia
Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.
Apr 27, 2012
15 Tolong-menolong Untuk Kebaikan dan Ketakwaan
Daripada Abu Abdul Rahman Zaid bin Khalid Al-Juhaniy RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang berperang fisabilillah sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang, dan sesiapa yang mengganti orang yang keluar berperang untuk menjaga anak isterinya maka sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang”. 
Apr 26, 2012
16 Menyeru Ke arah Kebaikan
Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu”.
Apr 25, 2012
17 Jauhilah Perbuatan Aniaya
Daripada Ibn Mas’ud RA, sesungguhnya nabi SAW telah bersabda: “Tiada seorang yang dibunuh secara zalim melainkan dikenakan habuan daripada dosa pembunuhan orang itu ke atas Nabi Allah Adam yang pertama (Qabil) kerana beliaulah manusia pertama yang melakukan pembunuhan”. 
Apr 24, 2012
18 Jauhilah Perkara yang Direka-reka (Bid'ah)

Daripada Jabir RA katanya, "Apabila Rasulullah SAW berkhutbah kedua-dua matanya menjadi merah, suaranya sangat kuat dan bersangatan marahnya seolah-olah junjungan seorang ketua tenteranya yang sedang memberi peringatan kepada tenteranya". Baginda bersabda, " Berjaga-jagalah, pada pagi atau petang musuh akan menyerang kamu semua". Baginda bersabda lagi, "Masa di antara aku diutuskan dengan datangnya hari kiamat bagaikan dua jari ini”. Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. Junjungan bersabda lagi, “Seterusnya, sesungguhnya sebaik-baik percakapan (berita) adalah al-Quran, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad SAW, dan sejahat-jahat perkara ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat”. Seterusnya Rasulullah SAW bersabda,” Aku adalah lebih utama terhadap setiap mukmin daripada mukmin itu terhadap dirinya sendiri, sesiapa yang mati meninggalkan harta, harta itu adalah hak warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau anak-anak dan keluarga maka kembali kepadaku dan menjadi tanggungjawabku”.

Apr 23, 2012
19 Orang Yang Berbudi Mulia
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".
Apr 20, 2012
20 Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.
Apr 19, 2012