Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 261 |
Kebaikan Membawa Ganjaran Berlipat Ganda
Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib RA daripada Rasulullah SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (Hadith Qudsi) Allah SWT sabdanya : “Sesungguhnya Allah mencatitkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih. Sesiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak dikerjakannya Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kejahatan kemudian dilakukannya Allah mencatitkan untuknya satu dosa.”
|
Feb 15, 2012 |
| 262 |
Seruan Bertaubat
Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzanni RA katanya : bersabda Rasulullah SAW : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohon ampunlah kepada-Nya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.”
|
Feb 14, 2012 |
| 263 |
Ganjaran Solat Berjemaah
Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”
|
Feb 10, 2012 |
| 264 |
Berbunuh-bunuhan Sesama Islam
Daripada Abu Bakrah Nufai` bin al-Harith al-Saqafi RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Apabila dua orang Muslim berbunuh-bunuhan, maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka." Abu Bakrah bertanya: “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda: “Kerana dia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.” |
Feb 09, 2012 |
| 265 |
Bersyukur Sifat Orang Mukmin
Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”
|
Feb 09, 2012 |
| 266 |
Berperang pada Jalan Allah
Daripada Abu Musa (Abdullah bin Qais) al-Asha`ri RA katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana keberanian kerana panas hati, dan kerana riya’. Maka yang mana satukah di antara semua itu berperang kerana Allah? Jawab Rasulullah SAW : Sesiapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dialah orang yang berperang pada jalan Allah. “ |
Feb 08, 2012 |
| 267 |
Allah Tidak Memandang Rupa Paras Manusia
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
|
Feb 07, 2012 |
| 268 |
Keutamaan Nafkah/Harta untuk Ahli Keluarga
Daripada Abu Ishak Saad bin Abu Waqas Malik bin Uhaib bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kalab bin Murrah bin Kaab bin Luai al-Quraisy az-Zuhri salah seorang yang disaksikan sebagai ahli syurga, katanya: “Rasulullah SAW datang menziarahi aku pada tahun Haji Wada` semasa aku menderita sakit tenat lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, penyakit aku ini bertambah tenat sedangkan aku mempunyai harta tetapi tidak mempunyai warisnya kecuali seorang anak perempuan. Jadi adakah boleh aku sedekahkan 2/3 daripada harta aku?” Jawab baginda: “Tidak”, aku bertanya lagi: “Kalau ½ wahai Rasulullah?”, jawab baginda: “Tidak”, aku bertanya lagi: “Kalau 1/3 wahai Rasulullah?”, jawab baginda: 1/3, dan 1/3 itu pun masih banyak. Sesungguhnya jika engkau tinggalkan waris-waris engkau sebagai orang kaya, adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka sebagai orang miskin yang terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan sesuatu yang engkau niatkan itu demi untuk mengharapkan keredaan Allah melainkan pasti engkau diberi pahala daripada perbelanjaan yang engkau keluarkan sehinggakan apa yang engkau letakkan di mulut isterimu. … “ |
Feb 06, 2012 |
| 269 |
Sedekah yang Kembali kepada Ahli Keluarga
Daripada Abi Yazid Ma`an bin al-Akhnas RA. Mereka bertiga adalah sahabat Nabi SAW katanya, “Ayahku (Yazid) telah mengeluarkan beberapa dinar (mata wang emas) yang hendak disedekahkan lalu diamanahkan kepada seorang lelaki di Masjid (untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya). Maka aku pergi dan minta (wang dinar itu) daripada orang itu lalu aku tunjukkan kepada ayahku. Maka beliau pun berkata, “Demi Allah bukan kepada engkau yang hendak aku sedekahkan”. Maka berlakulah pertelagahan antara kami. Akhirnya kami adukan perkara itu kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah pun bersabda, “berhasil (pahala) bagi engkau apa yang engkau niatkan wahai Yazid dan halal (harus) bagi engkau apa yang engkau ambil wahai Ma`an”. |
Feb 05, 2012 |
| 270 |
Berniat Jihad Tetapi Tidak Dapat Melaksanakannya
Daripada Abu Abdillah (Jabir bin Abdillah) al-Ansari RA katanya,: “Semasa kami dalam peperangan (Tabuk) Nabi ada bersabda: “Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang sahabat (yang tidak dapat menyertai peperangan kerana sakit) ke mana kamu berjalan dan lembah mana sahaja kamu harungi mereka tetap bersama kamu. Menurut satu riwayat lain, mereka tetap berkongsi pahala bersama-sama kamu.”
|
Feb 04, 2012 |
| 271 |
Jihad
Daripada Aisyah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”
|
Feb 03, 2012 |
| 272 |
Manusia Dibangkitkan Di Akhirat Berdasarkan Niat
Daripada Ummul Mukminin (Ummu Abdullah) Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Sepasukan tentera menyerang Kaabah. Apabila mereka berada di suatu kawasan lapang, tiba-tiba mereka dibinasakan seluruhnya.” Saidatina Aisyah berkata: “Aku berkata (bertanya kepada Rasulullah) : Wahai Rasulullah, mengapa mereka dibinasakan seluruhnya padahal ada di antara mereka orang yang berjual beli dan orang yang bukan daripada tentera itu?” Rasulullah menjawab: “Ya, mereka dibinasakan seluruhnya, kemudian mereka dibangkitkan pada hari kiamat menurut niat masing-masing.”
|
Feb 02, 2012 |
| 273 |
Ihsan Majikan
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap. |
Feb 01, 2012 |
| 274 |
Niat Pokok Segala Amalan
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar ibnul Khattab katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Hanya sanya sah segala amalan itu dengan berniat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu berdasarkan niatnya. Sesiapa yang berhijrah dengan niat kerana Allah dan rasulnya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan rasulnya dan sesiapa berhijrah kerana dunia yang dicarinya atau kerana wanita yang akan dikahwininya maka hijrahnya itu akan menghasilkan sesuatu selaras dengan niat hijrahnya itu.”
|
Feb 01, 2012 |
| 275 |
Bakhil Meskipun Kaya
Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain. |
Jan 31, 2012 |
| 276 |
Kasi VS Kahwin
Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya:Rasulullah SAW pernah melarang ˜Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami. |
Jan 30, 2012 |
| 277 |
Sujud Syukur
Dari Abu Bakar r.a bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah. |
Jan 29, 2012 |
| 278 |
Jauhi Fitnah
Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:'Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya' berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu. |
Jan 28, 2012 |
| 279 |
Beradab Ketika Minum
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai. |
Jan 27, 2012 |
| 280 |
Batasan Dalam Bergurau Senda
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah ! |
Jan 26, 2012 |







