Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai

Tarikh: 
Dec 10, 2012
Riwayat: 
Muslim
Kategori: 
Akhlak
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”. 
Huraian Hadith: 
  1. Pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dan tidak mungkin dapat dibalas jasa mereka berdua dengan apa yang ada didunia ini.

  2. Anak-anak hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa dan membalas budi mereka dengan sebaik-baiknya.

  3. Seorang ayah yang berstatus hamba akan menjadi merdeka dengan dibeli oleh anaknya perlu dilafazkan oleh anak bahawa dia memerdekakan ayahnya, kerana pembelian anak adalah sebab merdekanya.