Perkara Yang Membolehkan Berdusta

Tarikh: 
Aug 16, 2012
Riwayat: 
Muttafaqun A'laih
Hadith: 
Daripada Ummi Kulsum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik”. 
 
Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam 3 keadaan: Peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya: seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.
Huraian Hadith: 
  1. Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

  2. Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:

  • Maslahah perang
  • Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.
  • Menjaga hubungan antara suami dengan isteri.