Tanggungjawab Seorang Pemimpin
Tarikh:
Jul 25, 2012
Riwayat:
Bukhari
Kategori:
Akhlak Hadith:
Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib’iey RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri untuk mengerjakan solat dan bercadang memanjangkan bacaan, tiba-tiba aku terdengar tangisan anak kecil lalu aku percepatkan solat kerana bimbang menyusahkan ibunya”.
Huraian Hadith:
-
Seorang imam yang sedang mengimamkan solat boleh mempercepatkan solatnya jika ada perkara yang penting yang perlu dia menyegerakannya.
-
Seorang imam hendaklah mengetahui keadaan yang dihadapi oleh makmumnya.
-
Seorang ketua hendaklah mengambil berat setiap masalah yang dihadapi oleh pengikutnya.
-
Islam ialah agama yang sesuai dan mudah dilaksanakan. Ia meraikan atau memelihara keadaan manusia dan kemampuan mereka kerana Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang dia mampu.
-
Para imam dan khatib hendaklah mencontohi Rasulullah SAW dalam melaksanakan tugas mereka supaya lebih berkesan dan tidak menjemukan para jemaah.
- Hits : 1598







