Tiada Paksaan Kembali (Rujuk)
Tarikh:
Aug 14, 2012
Riwayat:
Bukhari
Kategori:
Munakahat Hadith:
Daripada Ibnu Abbas R.huma dalam kisah Barirah dan suaminya katanya, Nabi SAW bersabda kepada Barirah, “Alangkah baiknya jika engkau kembali kepadanya”. Kata Barirah pula, “Wahai Rasulullah, adakah engkau menyuruh aku?”, jawab baginda, “Aku hanya menolong memberi pandangan kepada engkau”. Kata Barirah “Aku tidak berhajat lagi kepadanya”.
Keterangan: Barirah ialah hamba yang dimerdekakan olah Saidatina Aisyah RA. Dia bersuamikan Mughith seorang hamba lalu Rasulullah SAW memberi pilihan kepadanya sama ada kekal dengan dengan suaminya atau Fasakh nikah.
Huraian Hadith:
-
Hamba perempuan yang dimerdekakan dengan dia bersuamikan hamba, mempunyai hak untuk memilih sama ada kembali semula kepada bekas suaminya atau memfasakhkan nikah.
-
Islam tidak memaksa seorang perempuan yang telah diceraikan supaya kembali semula (Rujuk) kepada bekas suaminya.
-
Orang Islam digalakkan memberi pandangan ke arah kebaikan dan jangan kecewa sekiranya pandangan itu tidak diterima.
- Hits : 1104







