Senarai Hadith
| Bil | Hadith |
Tarikh |
|---|---|---|
| 101 |
Bangkai haram dimakan Abu Waqid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apa-apa yang dipotong dari binatang ketika ia masih hidup, maka ia adalah bangkai. |
Jan 20, 2008 |
| 102 |
Mati kerana lemas
˜Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila haiwan yang engkau panah jatuh di dalam air lalu tenggelam dan mati maka janganlah engkau memakannya. |
Jan 20, 2008 |
| 103 |
Khusyuk Yang Terganggu
Diriwayatkan dari Aisyah katanya:Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku. |
Jan 23, 2008 |
| 104 |
Balasan Rahmat Daripada Allah
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia" |
Jan 28, 2008 |
| 105 |
Senyuman Suatu Sedekah
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya. |
Feb 03, 2008 |
| 106 |
Besar dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu |
Feb 04, 2008 |
| 107 |
Tanggungjawab Sosial
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya." |
Feb 06, 2008 |
| 108 |
Larangan Bunuh-Membunuh Tanpa Hak
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka? Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya. |
Feb 07, 2008 |
| 109 |
Iman Dan Amal Adalah Dua Perkara Yang Seiring
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
Riwayat al-Hakim |
Feb 09, 2008 |
| 110 |
Wasiat Jangan Ditangguhkan
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”. |
Feb 10, 2008 |
| 111 |
Solat Sunat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh.. |
Feb 11, 2008 |
| 112 |
Hakikat Kebijaksanaan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah. |
Feb 12, 2008 |
| 113 |
Islam Agama Yang Mudah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Jikalau tidak menjadi keberatan ke atas umatku, nescaya aku menyuruh mereka bersugi ketika setiap kali sembahyang. |
Feb 13, 2008 |
| 114 |
Berpada-pada
Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar. |
Feb 14, 2008 |
| 115 |
Kesempurnaan Iman
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka. |
Feb 15, 2008 |
| 116 |
Berusaha Mencari Rezeki
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. |
Feb 17, 2008 |
| 117 |
Keabadian Islam
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan. |
Feb 18, 2008 |
| 118 |
Mengetahui Waktu Sembahyang
"Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari". |
Feb 19, 2008 |
| 119 |
Sabar Mencerminkan Keimanan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga. |
Feb 20, 2008 |
| 120 |
Tatatertib Wanita di Dalam Masjid
Yahya bin Qaza'ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya :Apabila rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun. Katanya:Kami berpendapat wallahu a'laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki. |
Feb 21, 2008 |







