Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 201 |
Diharuskan Menangis Kepada Orang Yang Meninggal Dunia
Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya. |
Apr 27, 2012 |
| 202 |
Tolong-menolong Untuk Kebaikan dan Ketakwaan
Daripada Abu Abdul Rahman Zaid bin Khalid Al-Juhaniy RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang berperang fisabilillah sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang, dan sesiapa yang mengganti orang yang keluar berperang untuk menjaga anak isterinya maka sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang”.
|
Apr 26, 2012 |
| 203 |
Menyeru Ke arah Kebaikan
Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amru al-Ansori al-Badri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu”.
|
Apr 25, 2012 |
| 204 |
Jauhilah Perbuatan Aniaya
Daripada Ibn Mas’ud RA, sesungguhnya nabi SAW telah bersabda: “Tiada seorang yang dibunuh secara zalim melainkan dikenakan habuan daripada dosa pembunuhan orang itu ke atas Nabi Allah Adam yang pertama (Qabil) kerana beliaulah manusia pertama yang melakukan pembunuhan”. |
Apr 24, 2012 |
| 205 |
Jauhilah Perkara yang Direka-reka (Bid'ah) Daripada Jabir RA katanya, "Apabila Rasulullah SAW berkhutbah kedua-dua matanya menjadi merah, suaranya sangat kuat dan bersangatan marahnya seolah-olah junjungan seorang ketua tenteranya yang sedang memberi peringatan kepada tenteranya". Baginda bersabda, " Berjaga-jagalah, pada pagi atau petang musuh akan menyerang kamu semua". Baginda bersabda lagi, "Masa di antara aku diutuskan dengan datangnya hari kiamat bagaikan dua jari ini”. Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. Junjungan bersabda lagi, “Seterusnya, sesungguhnya sebaik-baik percakapan (berita) adalah al-Quran, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad SAW, dan sejahat-jahat perkara ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat”. Seterusnya Rasulullah SAW bersabda,” Aku adalah lebih utama terhadap setiap mukmin daripada mukmin itu terhadap dirinya sendiri, sesiapa yang mati meninggalkan harta, harta itu adalah hak warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau anak-anak dan keluarga maka kembali kepadaku dan menjadi tanggungjawabku”. |
Apr 23, 2012 |
| 206 |
Orang Yang Berbudi Mulia
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".
|
Apr 20, 2012 |
| 207 |
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu. |
Apr 19, 2012 |
| 208 |
Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman
Daripada az-Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW.”
|
Apr 18, 2012 |
| 209 |
Syahid Jalan ke Syurga
Daripada Jabir RA katanya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW pada hari Uhud, katakan kepadaku, kalau aku terbunuh (dalam peperangan ini), di mana aku? “Jawab baginda, “di syurga”, lalu lelaki itu segera meletakkan beberapa biji tamar yang ada di tangannya, kemudian dia berperang sehingga mati terbunuh.
|
Apr 17, 2012 |
| 210 |
Beriman dan Istiqamah dalam Amal Bukti Islam
Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”
|
Apr 16, 2012 |
| 211 |
Kelebihan Menuntut Ilmu
Daripada Anas RA katanya, “ Ada dua orang adik-beradik pada zaman Rasulullah SAW, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah SAW, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan dengan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: “Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia.”
|
Apr 13, 2012 |
| 212 |
Sifat Tawakal Membawa Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)”
|
Apr 12, 2012 |
| 213 |
Sumpah Perlu Selari Dengan Syariat
Daripada Abu Tarif Adiy bin Hatim at-Taiy RA katanya, “Aku dengar Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang bersumpah dengan suatu sumpah kemudian didapati perkara yang lebih taqwa kepada Allah daripadanya, maka hendaklah dia memilih mengerjakan yang lebih bertaqwa itu.”
|
Apr 10, 2012 |
| 214 |
Allah Tempat Berlindung dan Bermohon
Daripada Ibnu Mas’ud RA bahawasanya Nabi SAW pernah berdoa, “Ya Allah aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, terhindar daripada kejahatan dan kekayaan jiwa.”
|
Apr 09, 2012 |
| 215 |
Jauhi Godaan Wanita
Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”
|
Apr 06, 2012 |
| 216 |
Kemuliaan Di sisi Allah
Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan” baginda menjawab, “Kalau begitu orangnya ialah Yusuf anak kepada Nabi (Yaakub) anak kepada Nabi (Ishak) anak kepada (Nabi Ibrahim) Khalilullah.” Mereka berkata lagi, “Bukan tentang itu yang kami tanyakan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.”
|
Apr 05, 2012 |
| 217 |
Lelaki Pemimpin Rumah Tangga
Daripada Sayidina Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak perlu ditanya (dipersoalkan) seseorang lelaki itu mengapa dia memukul isterinya.”
|
Apr 04, 2012 |
| 218 |
Ukuran Islam Seseorang
Daripada Abu Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Di antara (tanda-tanda) sebaik-baik Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak mendatangkan keuntungan kepada dirinya.” |
Apr 03, 2012 |
| 219 |
Manusia yang Sebenar-benar Bijak
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
|
Apr 02, 2012 |
| 220 |
Cemburu Allah Terhadap Manusia Yang Berbuat Perkara Haram Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah Taala cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah Taala itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.” |
Mar 30, 2012 |







