Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 41 |
Jangan Mendedahkan Aib Orang lain
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. |
Mar 05, 2013 |
| 42 |
Cabaran Mengikut Peredaran Masa
Daripada Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekelian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).” Keterangan ini aku dengar daripada nabi kamu Rasululluah SAW.
|
Mar 04, 2013 |
| 43 |
Konsep Syukur Rasulullah SAW
Daripada Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.” |
Mar 01, 2013 |
| 44 |
Allah Maha Pemurah
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) firmanNya: “Jika seseorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari.” |
Feb 28, 2013 |
| 45 |
Tingkat Darjat di Sisi Allah berdasarkan Ujian Musibah
Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Telah bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”
|
Feb 26, 2013 |
| 46 |
Bersabar dan Berdoa Menghadapi Penyakit
Daripada Ata’ bin Abu Rabah menerangkan bahawa Ibnu Abbas RA berkata, “Adakah engkau suka melihat seorang perempuan daripada ahli syurga?” Aku menjawab: Bahkan “Tunjukkanlah”. Ibnu Abbas RA berkata, itulah dia wanita yang hitam yang pada suatu hari telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata, “Ya Rasulullah, Aku berpenyakit gila babi hingga terbuka aurat. Doakanlah semoga Allah menyembuhkan penyakit aku”. Dijawab oleh Nabi SAW, “Jika mahu engkau hendaklah bersabar dan bagimu syurga, sebaliknya jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah semoga dia menyembuhkan engkau”. Dijawab oleh wanita itu, “Aku akan bersabar. Jika begitu doakanlah kepada Allah supaya aku tidak terbuka aurat “. Rasulullah SAW lalu mendoakan untuknya sebagaimana dikehendakinya.
|
Feb 25, 2013 |
| 47 |
Hubungan Silaturahim dengan Ibu Bapa Berlainan Agama
Daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq R.huma katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah SAW. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya, ibuku telah datang kepadaku sedangkan dia inginkan sesuatu daripadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya? Jawab Rasulullah, “Ya, hubungkan ibumu”. |
Feb 24, 2013 |
| 48 |
Terhapus Semua Dosa Apabila Memeluk Islam
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”
|
Feb 23, 2013 |
| 49 |
Mentauhidkan Allah SWT
Daripada Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)?” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata “Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”
|
Feb 22, 2013 |
| 50 |
Manusia yang Sebenar-benar Bijak
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
|
Feb 21, 2013 |
| 51 |
Jauhi Godaan Wanita
Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”
|
Feb 20, 2013 |
| 52 |
Diharuskan Menangis Kepada Orang Yang Meninggal Dunia
Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya. |
Feb 19, 2013 |
| 53 |
Keutamaan Taubat
Daripada Abu Hurairah RA katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali.”
|
Feb 18, 2013 |
| 54 |
Agama Adalah Nasihat
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya". |
Feb 17, 2013 |
| 55 |
Cakap Tak Serupa Bikin
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
|
Feb 15, 2013 |
| 56 |
Cemburu Allah
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.” |
Feb 14, 2013 |
| 57 |
Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).” |
Feb 13, 2013 |
| 58 |
Orang Yang Berbudi Mulia
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".
|
Feb 12, 2013 |
| 59 |
Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing." |
Feb 11, 2013 |
| 60 |
Menjaga Nama Baik Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. |
Feb 10, 2013 |







