Senarai Hadith

Bil Hadith Tarikh
841 Fadhilat dan Hikmah Korban
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu
Nov 23, 2009
842 Hari Tasyrik; hari makan minum
Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.
Nov 22, 2009
843 Mencium Hajarul Aswad
Dari Jabir r.a katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w tiba di Mekah, mula-mula baginda mendatangi Hajarul Aswad lalu baginda cium. Kemudian baginda berjalan ke kanan lalu berlalri-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan kaki empat kali putaran.
Nov 21, 2009
844 Membunuh Ular Ketika Ihram
Dari Abdullah r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah menyuruh orang yang sedang ihram membunuh seekor ular ketika di Mina.
Nov 20, 2009
845 Tawaf dengan kenderaan
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Ketika haji wada' Rasulullah s.a.w tawaf di atas unta. Lalu dia menyentuh hajar aswad dengan tongkatnya.
Nov 19, 2009
846 Masuk ke dalam Baitulllah
Dari Ismail bin Abi Khalid dia bertanya kepada Abdullah bin Aufa seorang sahabat rasulullah s.a.w, katanya:Adakah nabi s.a.w masuk ke Baitullah ketika umrah? Jawab Abdullah:Tidak!
Nov 18, 2009
847 Tempat-tempat wukuf
Dari jabir r.a, dia menceritakan dalam hadithnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Aku menyembelih korban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korbanmu di tempat kenderaanmu berhenti. Dan wukuf di ˜Arafah, maka ˜Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf.
Nov 17, 2009
848 Tawaf wada'
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Orang ramai telah pulang ke negerinya masing-masing. Maka bersabda rasulullah s.a.w:Janganlah seseorang pulang sebelum dia tawaf wada' (akhir) di Baitullah.
Nov 16, 2009
849 Haji Ketika Sakit
Dari A'isyah r.a katanya:rasulullah s.a.w datang ke rumah Dhuba'ah binti Zubair bin Abdul Mutalib; lalu kata Duba'ah:Ya Rasulullah! Aku bermaksud hendak menunaikan ibadah haji tetapi aku sakit. Bagaimana itu? Maka bersabda nabi s.a.w:Hajilah dan syaratkan dalam niatmu untuk tahallul (berhenti) jika tidak sanggup meneruskannya kerana bertambah sakit.
Nov 15, 2009
850 Keutamaan Korban
Maksud Hadith;
Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati.
Nov 14, 2009
851 Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
Nov 13, 2009
852 Larangan Meninggalkan Hisbah
Sabda Rasulullah s.a.w:Tidak ada seorangpun yang berada di dalam satu kaum yang mengetahui mereka melakukan kemaksiatan sedangkan ia berkuasa untuk mencegahnya maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka sebelum mereka mati.
Nov 12, 2009
853 Udang Di Sebalik Batu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.
Nov 11, 2009
854 Mengekalkan Akhlak Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.
Nov 10, 2009
855 Menjelaskan Hutang Si Mati
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain.
Nov 09, 2009
856 Jangan Kedekut Memberi Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.
Nov 08, 2009
857 Pintu-pintu amal kebajikan
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan. Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.
Nov 07, 2009
858 Beriman Kepada Empat Perkara
Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah."
Nov 06, 2009
859 Wasiat Rasulullah
Dari Thalhah bin Musharrif RA katanya: Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: "Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Jawabnya : "Tidak!"  Aku bertanya: "Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya: "Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran)."
Nov 05, 2009
860 Sunat Bagi Yang Sanggup
Dari Abdullah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.
Nov 04, 2009