Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 1121 |
Menjaga Perasaan
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya. |
Mar 31, 2008 |
| 1122 |
Senjakala
Dari Jabir r.a katanya:Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. |
Mar 30, 2008 |
| 1123 |
Jangan Meremehkan Sedekah Orang
Dari Abu Mas'ud r.a katanya:kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya' semata-mata. Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih. |
Mar 29, 2008 |
| 1124 |
Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. |
Mar 28, 2008 |
| 1125 |
Tiada Tertanding Dan Tidak Sebanding
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:Allah berfirman:Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernh telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia. |
Mar 27, 2008 |
| 1126 |
Umat Yang Sentiasa Menang
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat. |
Mar 26, 2008 |
| 1127 |
Memberikan Nama Yang Baik
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya. |
Mar 25, 2008 |
| 1128 |
Wasilah menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mencapai Cinta-Nya
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya." |
Mar 24, 2008 |
| 1129 |
Dagang di Dunia
Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara.. Ibnu Umar r.a berkata : Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu... |
Mar 23, 2008 |
| 1130 |
Jalan ke Syurga
Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah SAW: Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga. |
Mar 22, 2008 |
| 1131 |
Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? |
Mar 21, 2008 |
| 1132 |
Isnin; Hari Kelahiran Rasulullah SAW
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku". |
Mar 20, 2008 |
| 1133 |
Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga
Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang. |
Mar 19, 2008 |
| 1134 |
Cara Solat Malam
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang di atas mimbar:Bagaimanakah caranya solat malam? Nabi menjawab:Solat malam dua-dua rakaat dan bila khuatir subuh datang, maka solatlah satu rakaat, bererti kamu telah witir untuk setiap rakaat yang kamu lakukan. Ibnu Umar mengatakan:Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya kerana nabi s.a.w menyuruh begitu. |
Mar 18, 2008 |
| 1135 |
Berbohong Satu Pengkhianatan
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar. |
Mar 18, 2008 |
| 1136 |
Pemimpin Jangan Mementingkan diri sendiri
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? Baginda s.a.w. menjawab, hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan. |
Mar 17, 2008 |
| 1137 |
Isteri Derhaka
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir. Baginda ditanya oleh seseorang:Apakah mereka kafir kepada Allah? Jawab Rasulullah, Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun! |
Mar 16, 2008 |
| 1138 |
Batas Umur Dibenarkan
Dari Ibnu Umar r.a, ia meminta kepada Rasulullah saw untuk menjadi tentera pada waktu peperangan Uhud, sedangkan dia ketika itu berusia empat belas tahun. Baginda tidak membenarkan. Kemudian dia kemukakan lagi permohonan untuk menyertai peperangan Khandaq dan dia ketika itu sudah berusia lima belas tahun. Baginda membenarkan. |
Mar 15, 2008 |
| 1139 |
Bersabar Dalam Berdoa Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan. Lalu baginda ditanya oleh seseorang:Apa maksudnya meminta dicepatkan?Jawab baginda:Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa. |
Mar 14, 2008 |
| 1140 |
Allah Tidak Mengendahkan
Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,- kata Muawiyah, juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong ; 3) si miskin yang sombong. |
Mar 13, 2008 |







