Senarai Hadith
| Bil | Hadith | Tarikh |
|---|---|---|
| 1161 |
Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-anak
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. |
Feb 26, 2008 |
| 1162 |
Belanjakanlah Harta Pada Jalan Kebajikan
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Sesungguhnya sahabat-sahabat kita yang telah lalu telah pun meninggal dunia Allah tidak mengurangi martabat mereka dengan sebab cintanya kepada dunia, dan sesungguhnya kita juga memperolehi harta yang banyak, tidak ada tempat untuk menyimpannya melainkan didalam Tanah. Kalaulah tidak kerana Nabi saw. Telah melarang kita dari berdoa untuk mati, nescaya aku akan berdoa dengannya. Kemudian kami datang kepada baginda disuatu ketika yang lain, sedang pada masa itu beliau sedang membina dinding, lalu Baginda pun bersabda, sesungguhnya seseorang muslim itu akan diberi pahala pada setiap perkara yang dibelanjakannya melainkan pada benda yang disimpannya dalam tanah, kerana melebihi dari keperluan. |
Feb 24, 2008 |
| 1163 |
Wasilah Meningkatkan Darjat
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Mahukah aku tunjukkan satu pemadam yang dengannya dapat kamu hapuskan dosa serta mengangkat darjat?" Jawab para sahabat: "Sudah tentu, wahai Rasulullah." Kata baginda: "Sempurnakanlah wudhuk sewaktu kepayahan (seperti sejuk, sakit dan sebagainya) banyak berjalan ke masjid dan menanti waktu masuk sembahyang, perkara inilah yang dinamakan Ribat." |
Feb 23, 2008 |
| 1164 |
Fitnah Terbesar
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita |
Feb 22, 2008 |
| 1165 |
Tatatertib Wanita di Dalam Masjid
Yahya bin Qaza'ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya :Apabila rasulullah s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun. Katanya:Kami berpendapat wallahu a'laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki. |
Feb 21, 2008 |
| 1166 |
Sabar Mencerminkan Keimanan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga. |
Feb 20, 2008 |
| 1167 |
Mengetahui Waktu Sembahyang
"Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari". |
Feb 19, 2008 |
| 1168 |
Keabadian Islam
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan. |
Feb 18, 2008 |
| 1169 |
Berusaha Mencari Rezeki
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. |
Feb 17, 2008 |
| 1170 |
Kesempurnaan Iman
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka. |
Feb 15, 2008 |
| 1171 |
Berpada-pada
Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar. |
Feb 14, 2008 |
| 1172 |
Islam Agama Yang Mudah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Jikalau tidak menjadi keberatan ke atas umatku, nescaya aku menyuruh mereka bersugi ketika setiap kali sembahyang. |
Feb 13, 2008 |
| 1173 |
Hakikat Kebijaksanaan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah. |
Feb 12, 2008 |
| 1174 |
Solat Sunat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh.. |
Feb 11, 2008 |
| 1175 |
Wasiat Jangan Ditangguhkan
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”. |
Feb 10, 2008 |
| 1176 |
Iman Dan Amal Adalah Dua Perkara Yang Seiring
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
Riwayat al-Hakim |
Feb 09, 2008 |
| 1177 |
Larangan Bunuh-Membunuh Tanpa Hak
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka? Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya. |
Feb 07, 2008 |
| 1178 |
Tanggungjawab Sosial
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya." |
Feb 06, 2008 |
| 1179 |
Besar dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu |
Feb 04, 2008 |
| 1180 |
Senyuman Suatu Sedekah
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya. |
Feb 03, 2008 |







