Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Biar pun sibuk dengan tugas hakiki bagi menguatkuasakan Undang-Undang Syariah di negeri-negeri, namun para peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dan Pendakwa Syarie (PS) seluruh Malaysia masih sempat menghadiri Kursus Ruqyah Syariyyah Siri 2 yang telah diadakan pada 26-28 Julai 2016 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi, Selangor. Kursus ini merupakan kesinambungan kursus Siri 1 yang telah dijalankan pada 24-26 Mei 2016 yang lepas di mana para peserta kursus adalah orang yang sama sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dalam kursus pada Siri 2 kali ini, para peserta didedahkan dengan teknik-teknik bagi mengubati penyakit jasmani termasuk penyakit yang berkait dengan emosi. Dalam masa yang sama juga para peserta telah didedahkan dengan pendekatan kaunseling dalam merawat penyakit. Para peserta diajar kaedah yang betul dan terbaik bagaimana berkomunikasi dan berhadapan dengan pesakit-pesakit. Ini penting bagi mengelakkan daripada timbul sebarang masalah atau perkara yang tidak diingini berlaku ketika proses merawat. Sebagai tambahan, para peserta juga dapat berkongsi daripada pengalaman penceramah-penceramah yang lebih lama dan berpengalaman dalam dunia perubatan Islam.

Diharapkan dengan terlaksana Kursus Ruqyah Syariyyah Siri 2 khusus untuk PPA dan PS seluruh Malaysia ini dapat meningkatkan lagi kredibiliti dan profesionalisme PPA dan PS. Dalam masa yang sama bidang penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah dapat berjalan dengan licin dan teratur. PPA dan PS juga lebih berani dan bersemangat dalam menjalankan tugas kerana lebih yakin dengan Allah dan dengan ilmu yang dipelajari mampu untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman jasmani mahupun rohani.

 

rukyah siri II 1

 

rukyah siri II 2

 

rukyah siri II 3

 

rukyah siri II 4

 

rukyah siri II 5

 

rukyah siri II 6

 

rukyah siri II 7

 

rukyah siri II 8

 

rukyah siri II 9