Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

“Usaha membendung pelbagai gejala negatif perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh di semua peringkat sama ada oleh agensi agama, badan kerajaan, NGO, komuniti, mahupun individu bagi memastikan usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil”

(Petikan Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

 

            Pasir Puteh, 7 Oktober 2017 - Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) Jakim merupakan agensi persekutuan yang menyelaras tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah seluruh Malaysia. Meskipun, fungsi utama BPUU adalah menguatkuasakan perundangan syariah di Negara ini, Bahagian ini tidak ketinggalan untuk turut menjalankan usaha advokasi Pencegahan Jenayah Syariah melalui program-program “touch point” yang lebih dekat di hati pelbagai lapisan masyarakat.

 

            Justeru, satu inisiatif telah dilaksanakan oleh BPUU Jakim melalui gandingan kerjasama dengan kapasiti lebih daripada 20 Agensi Kerajaan, NGO, Kesatuan Penduduk dan IPTA. Program yang dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berjaya menarik penyertaan hampir satu ribu orang meliputi 3 checkpoint iaitu :

  1. Checkpoint 1 : Felcra Teratak Batu : 210 peserta kayuhan dan 50 masyarakat setempat;
  2. Checkpoint 2 : SMK Jeram : 110 orang mahasiswa USM, UiTM dan Politeknik Kota Bharu, 150 pelajar Sekolah Menengah Jeram, 30 orang guru dan 20 orang masyarakat setempat;
  3. Checkpoint 3 : SK Gong Garu : 950 orang kombinasi peserta kayuhan, penjawat awam, penjawat swasta, mahasiswa IPTA, pelajar Sekolah Menengah, pelajar Sekolah Rendah, pelajar Tadika/ Prasekolah dan juga masyarakat setempat.
 

            Pelbagai pengisian menarik diselitkan sepanjang program ini sebagai langkah advokasi kepada peserta melalui Bicara Selebriti bersama Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud, edaran flyers pencegahan Jenayah Syariah, pameran agensi penguatkuasaan syariah, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna, persembahan dikir barat, persembahan silat dan juga penyampaian sumbangan kepada yang berhak.

 

funride 2017 4

 

funride 2017 1

 Sebahagian daripada peserta kayuhan santai

 

funride 2017 2

 

funride 2017 3

 Flag Off oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

 

 

funride 2017 5

 

funride 2017 6

YBhg.Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, pegawai-pegawai kanan Jakim

dan pegawai Jabatan Agama Islam Negeri juga turut menyertai acara kayuhan

 

 

funride 2017 7

  funride 2017 8

Sesi swafoto YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki dan VIP

bersama para pelajar IPT serta pelajar SMK Jeram di checkpoint 2

 

funride 2017 9

 Pertandingan melukis dan mewarna di Sekolah Kebangsaan Gong Garu merangkumi pelajar pra sekolah, tahap 1 dan tahap 2

 

funride 2017 10

 Ucapan perasmian YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

 

funride 2017 11

 

funride 2017 12

Penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat

 

funride 2017 13

 Persembahan dikir barat

 

funride 2017 14

 Sesi cabutan bertuah sebagai penutup majlis

 

funride 2017 15

 Barisan urus setia JAKIM