Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Seramai 107 peserta dari 14 buah negeri telah berhimpun dan memperdengarkan bacaan masing-masing sepanjang 6 hari sempena penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 2018 bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya. Mereka membabitkan 28 qari dan qariah bagi kategori Tilawah yang terdiri daripada 2 orang wakil bagi setiap negeri iaitu seorang qari dan seorang qariah. Manakala 79 hafiz dan hafizah adalah peserta dari kategori Hafazan iaitu 42 orang peserta hafiz dan 37 orang peserta hafizah.

Majlis bertemakan ”Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” itu telah disempurnakan Perasmian Penutupan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada 6 April 2018 (Jumaat).

JAKIM meneruskan penganjuran MTHQK untuk edisi kali ini dengan menggabungkan acara Tilawah dan Hafazan secara serentak yang mana majlis Tilawah diadakan pada sebelah malam manakala majlis Hafazan pula berlangsung di sebelah siang.

Secara keseluruhannya, Jemaah Hakim sangat berpuashati dengan peningkatan persembahan mutu tilawah dan hafazan para peserta tahun ini. Ke semua peserta telah menunjukkan kesungguhan dan kemampuan persembahan bacaan al-Quran yang membanggakan. Manakala bagi kategori menghafaz al-Quran, Secara keseluruhannya, Jemaah Hakim sangat berpuashati dengan peningkatan persembahan mutu hafazan para peserta. Hampir kesemua peserta dapat menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan. Dari 79 orang peserta yang mengambil bahagian, seramai 66 orang peserta mencapai markah melebihi 90% iaitu 39 orang peserta lelaki dan 27 orang peserta wanita. Manakala yang mendapat markah dalam lingkungan 80% ialah seramai 11 orang. Perbezaan markah dalam kalangan peserta juga adalah sangat tipis dalam semua tahap hafazan, khususnya bagi tempat teratas. Umpamanya perbezaan sebanyak 0.08% di antara Johan dan Naib Johan kategori 1-30 Juzuk lelaki.

Perbandingan peratusan pemarkahan yang diperoleh para peserta mengikut tahap juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2017. Bagi Tahap 1 hingga 10 juzuk, mencatatkan peningkatan sebanyak 1.18%. Bagi tahap 1 hingga 20 juzuk pula, meningkat sebanyak 0.08% dan peningkatan juga bagi Tahap 1 hingga 30 juzuk iaitu sebanyak 0.71%.(Tunjuk graf perbandingan)
 
Bagaimana pun, Jemaah Hakim juga mendapati masih terdapat beberapa kelemahan sebilangan kecil peserta khususnya berkaitan sifat dan mahkraj huruf, kaedah waqaf dan ibtida’ serta terdapat kesalahan baris. Selain itu, masih ada juga peserta yang tidak mampu menjawab soalan tafsir dengan baik sehingga menjejaskan kedudukan mereka. Perkara ini seharusnya diambil perhatian oleh para peserta dan guru pengiring serta pihak negeri supaya meningkatkan usaha ke arah melahirkan hafiz dan hafizah, qari dan qariah yang bermutu dan lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
Lazimnya peserta yang cemerlang dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) ini akan berpeluang mewakili negara dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di dalam dan luar Negara. Justeru Jakim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang akan mewakili Negara ke peringkat antarabangsa seterusnya dapat mengharumkan nama Negara ke persada dunia. Berikut adalah keputusan mengikut kategori :
 
 
KATEGORI 1 - 10 JUZUK BESERTA TARANNUM (LELAKI)

TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 98.74%
DISANDANG OLEH :SHEIKH MUHAMMAD AIMAN HAFIY BIN HISHAMUDDIN
DARI NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 97.85%
DISANDANG OLEH : HAZIQ MUHSIN BIN MOHD NIZAM
DARI NEGERI : PERAK
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 97.44%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD IZZAT BIN MUKHALI
DARI NEGERI : SARAWAK
 
 
KATEGORI 1-10 JUZUK BESERTA TARANNUM (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 98.29%
DISANDANG OLEH : SITI NURHIDANI BINTI MOHAMAD DUN
DARI NEGERI : JOHOR
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 97.87%
DISANDANG OLEH : AUNI NAUSHA BT MD NOH
DARI NEGERI : N.SEMBILAN
 
TEMPAT KETIGA :
DENGAN MARKAH : 97.79%
DISANDANG OLEH : NURHIDAYATUL NAJWA BT HISHAM
DARI NEGERI : PAHANG
 
 
KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 98.19%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD DZULFAQOR B MOHD ZAINE
DARI NEGERI : PERAK
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 97.95 %
DISANDANG OLEH : ABDULLAH ULWAN BIN ISMAIL
DARI NEGERI : KELANTAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 96.93%
DISANDANG OLEH : MOHAMAD DANIEL HAZIQ BIN HASWADI
DARI NEGERI : JOHOR
 
 
KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 96.51%
DISANDANG OLEH : SITI NAJIHAH BINTI ZAMRI
DARI NEGERI : N.SEMBILAN
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 96.00 %
DISANDANG OLEH : NUR LIYANA BT MOHAMAD ASRI
DARI NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 94.41%
DISANDANG OLEH : SOFIYYAH HANISAH BT KAMSANI
DARI NEGERI : MELAKA
 
 
KATEGORI 1 - 30 JUZUK BESERTA TAFSIR (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 96.36%
DISANDANG OLEH : MUHAMMAD AMIR IKMAL BIN KHAIRUL ANUAR
DARI NEGERI : SELANGOR
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 96.28%
DISANDANG OLEH : AHMAD ROIYAN BIN MOHD SHAIKHUDIN
DARI NEGERI : PAHANG
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 95.95%
DISANDANG OLEH : NIK MUHAMMAD NAJIB BIN NIK AB AZIZ
DARI NEGERI : KELANTAN
 
 
KATEGORI 1-30 JUZUK BESERTA TAFSIR (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
DENGAN MARKAH : 96.46%
DISANDANG OLEH : SITI NADHIRA BINTI MOHD SHAFIE
DARI NEGERI : W.PERSEKUTUAN
 
TEMPAT KEDUA:
DENGAN MARKAH : 92.76% DAN MARKAH HAFAZ LANCAR 42.75%
DISANDANG OLEH : PUTRI NUR NADIA BT BAKRI
DARI NEGERI : N.SEMBILAN
 
TEMPAT KETIGA:
DENGAN MARKAH : 92.76% DAN MARKAH HAFAZ LANCAR 41.85%
DISANDANG OLEH : NUR ALYA FARHANI BT MOHD GHAZALI
DARI NEGERI : PAHANG
 
 
KEPUTUSAN BAGI KATEGORI TILAWAH AL-QURAN
 
BAHAGIAN QARI

JOHAN BAHAGIAN QARI
Dengan Markah : 87.50%
Disandang Oleh : ABDULLAH FAHMI BIN CHE NOR @ SHUKRI
Dari Negeri : KELANTAN
 
TEMPAT KEDUA
Dengan Markah : 86.67%
Disandang Oleh : HAJI AZRAIE BIN DATO’ ABD HAK
Dari Negari : MELAKA
 
TEMPAT KETIGA
Dengan Markah : 86.66%
Disandang Oleh : DR. ANUAR BIN HASIN
Dari Negari : PERAK
 
 
BAHAGIAN QARIAH
 
JOHAN BAHAGIAN QARIAH
Dengan Markah : 84.34%
Disandang Oleh : SUHAILAH BT ZULKIFLY
Dari Negeri : MELAKA
 
TEMPAT KEDUA
Dengan Markah : 84.00%
Disandang Oleh : NOR RUZANA NATIAH BT JAAFAR
Dari Negari : SELANGOR
 
TEMPAT KETIGA
Dengan Markah : 83.66%
Disandang Oleh : NORHIDAYAH BT ABD RAHMAN
Dari Negari : TERENGGANU
 
 
JOHAN KESELURUHAN MENGHAFAZ AL-QURAN
 
Disandang Oleh Negeri: JOHOR DARUL TAKZIM
 
 
JOHAN KESELURUHAN TILAWAH AL-QURAN

Disandang Oleh Negeri: KELANTAN DARUL NAIM
 
 
mthqk2018 01
 
mthqk2018 02
 
mthqk2018 03
 
mthqk2018 05