Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 4/2018 pada 21 hingga 23 November 2018 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor.

Mesyuarat yang telah berlangsung sempena dengan Persidangan Panel Pengesahan Halal Malaysia 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Ustaz Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal JAKIM, pegawai-pegawai kanan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Antara fungsi utama Jawatankuasa ini ialah mempertimbang dan memperakukan inisiatif-inisiatif solusi bagi menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan Pensijilan Halal Malaysia di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.

Selain itu, jawatankuasa ini juga berperanan menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia di peringkat persekutuan dan negeri-negeri. Beberapa pembentangan berkaitan pensijilan halal telah dibuat semasa mesyuarat tersebut.

Pada hari kedua, ahli-ahli mesyuarat turut berpeluang membuat lawatan industri ke kilang Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd Shah Alam bagi mengeratkan lagi hubungan antara pihak industri dan jabatan agama.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalConnectingTheWorld

MESYUARAT PELAKSANA BIL 4 2018 1

MESYUARAT PELAKSANA BIL 4 2018 2

MESYUARAT PELAKSANA BIL 4 2018 2