Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sembilan pada 15 Oktober 2019 yang diadakan di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan sesi town hall disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di JPM.
 
Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Maqasid Syariah ke negeri-negeri untuk memberikan penjelasan mengenai Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam tadbir urus negara. Seramai 200 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Pegawai- pegawai kerajaan, wakil-wakil GLC dan Swasta, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Pensyarah-pensyarah, Guru-guru sekitar Negeri Sembilan.
 
Pada program ini turut diserahkan Profil Maqasid Syariah yang disampaikan oleh YB Menteri di JPM kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
 
Town Hall Maqasid Syariah Negeri Sembilan 2019 1
 
Town Hall Maqasid Syariah Negeri Sembilan 2019 2
 
Town Hall Maqasid Syariah Negeri Sembilan 2019 3
 
Town Hall Maqasid Syariah Negeri Sembilan 2019 4