Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Pada 16 Mei 2016 bersamaan 9 Syaaban 1437H Cawangan Pengembangan Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan anjuran bersama Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Wasatiyyah Malaysia telah menganjurkan Persidangan Pengarah-pengarah Pusat Islam IPTA dan IPTS 2016. Seramai 32 orang perwakilan dari 26 IPTA dan IPTS telah hadir bersama ke persidangan berkenaan yang berlangsung di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.

Persidangan kali ini telah mengemukakan dua kertas kerja pembentangan kepada perwakilan yang hadir iaitu:

1. Tajuk : “Institut Wasatiyyah Malaysia dan Peranannya Terhadap Kestabilan Negara”

Oleh: YBrs. Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Timbalan Pengarah 1  Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

 

2. Tajuk : “Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Cabaran Semasa”

Oleh: YBrs. Prof. Madya  Dr. Mohd Fauzi bin Hamat, Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

 

Persidangan ini dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Prof. Dato’ IR. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), turut hadir ke persidangan berkenaan ialah Prof. Madya Dr. Sopian bin Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pengajian Tinggi mewakili Kementerian Pengajian Tinggi dan Dr. Muhammad Faisal Asha’ari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UKM.

 

Persidangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah, Jakim mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim. Beberapa isu-isu berbangkit telah dibincangkan dalam persidangan berkenaan yang melibatkan permasalahan, ancaman akidah dan ideologi, program kerjasama Jakim-IPT, pengurusan hal ehwal Islam dan sebagainya.

 

Beberapa resolusi telah dicapai dalam usaha untuk memantapkan program dakwah dan penerangan isu-isu semasa Islam di seluruh IPTA dan IPTS. Persidangan kali ini telah berjaya dilaksanakan demi merapatkan jalinan kerjasama Jakim, Kementerian Pengajian Tinggi dan seluruh Pusat Islam IPTA dan IPTS serta memantapkan gerak kerja secara NBOS dalam memperkasa hal ehwal Islam di Malaysia.

 

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 1

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 3

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 4

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 7

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 8persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 9

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 10

persidangan pengarah pusat islam ipt 2016 2