Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) Kali Ke-23 Tahun 2016 telah berjaya dianjurkan setelah empat tahun ia tidak diadakan sejak tahun 2012. Festival gilang-gemilang ini merupakan hasil sinergi bersama antara Jakim, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka. Festival ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada 21 dan 22 Oktober 2016 yang melibatkan dua sesi iaitu saringan dan akhir.

Selain daripada mempromosi nasyid sebagai satu hiburan alternatif serta membudayakannya sebagai satu medium dakwah, penganjuran Festival Nasyid ini juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu individu dan kumpulan dalam industri nasyid untuk memperkasakan dakwah dan pembangunan ummah. Selain itu, penganjuran festival ini dapat mewujudkan jaringan perkongsian pengalaman dan hubungan silaturrahim serta memperkukuhkan kemahiran bersama untuk memartabatkan industri nasyid. Hasrat ini selaras dengan tema FNK iaitu “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah.”

Pada tahun ini, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu tradisi (11 penyertaan) dan moden (9 penyertaan) yang melibatkan wakil-wakil dari negeri. Lima kumpulan terbaik daripada setiap kategori beraksi dalam peringkat akhir FNK. Berikut ialah keputusan penuh FNK 2016:

Kategori Tradisi

Johan                    : CG Fanan (Kelantan)

Naib Johan          : Inspirasi (Selangor)

Sagu Hati             : Az-Zikr (Johor), Irhamnie (Melaka) dan Zahran (Sarawak)

Lagu Terbaik       : CG Fanan (Kelantan)

Lirik Terbaik        : Az-Zikr (Johor)

Kategori Moden

Johan                    : Nahwan Nur (Selangor)

Naib Johan          : Caliph@DSE (Johor)

Sagu Hati             : Fawwaz (Melaka), Insoft (Pahang) dan Lantera Rania (Sarawak)

Lagu Terbaik       : Nahwan Nur (Selangor)

Lirik Terbaik        : Insoft (Pahang)

Persembahan Terbaik Keseluruhan         : Caliph@DSE (Johor)

Johan bagi setiap kategori menerima wang tunai RM10,000.00 berserta piala iringan manakala naib johan menerima RM8,000.00. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah FNK telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka dan Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

 

fnk2016 1

fnk2016 2

fnk2016 3

fnk2016 4

fnk2016 5

fnk2016 6

fnk2016 7

fnk2016 8

fnk2016 9

fnk2016 10