Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, PUTRAJAYA (1 OGOS 2019) - Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melancarkan Logo rasmi Karnival Rahmah 2019. 

Logo rasmi Karnival Rahmah 2019 telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Mohd Ajib bin Ismail. Pelancaran Logo tersebut merupakan langkah permulaan kepada kempen-kempen pengiklanan dan promosi Karnival Rahmah 2019 di semua media utama dan juga media digital.

Disamping pelancaran Logo rasmi Karnival Rahmah 2019, orang ramai turut diperkenalkan dengan tanda pagar rasmi Karnival Rahmah 2019 iaitu #KARNIVALRAHMAH2019 dan akaun media sosial rasmi iaitu Official Karnival Rahmah untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini tentang Karnival Rahmah 2019.

Penganjuran karnival ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk merakyatkan gagasan Rahmatan Lil Alamin dan amat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memastikan keamanan dan kemakmuran antara rakyat berbilang kaum di negara ini dapat dicapai.

Majlis Pelancaran Logo Karnival Rahmah 2019 turut menyaksikan Majlis Persefahaman Kerjasama antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan dihadiri oleh YBhg. Sr. Tn. Hj. Ishak Ismail, Pengerusi FAMA.

Majlis ini telah dihadiri oleh rakan-rakan strategik daripada pelbagai agensi, kementerian dan juga pihak swasta.

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 07.11.44

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 07.14.19

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 07.11.48

 

67374727 2576160772418384 4523863205763612672 n copy

 

67600675 2576160559085072 5998418868249296896 n

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 11.53.52

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 11.53.49

 

WhatsApp Image 2019 08 02 at 11.53.55