Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Putrajaya, 2 & 3 Mei 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Kursus Asas Penceramah Pascaperkahwinan Islam khusus kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia. Kursus Asas ini telah diadakan di Dewan Syeikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan penyertaan seramai 41 orang peserta. Kursus ini turut melibatkan beberapa orang Pegawai Psikologi dari Agensi dan Kementerian yang terpilih di sekitar Putrajaya.

Penceramah yang hadir telah menyampaikan pengisian Modul terdiri dari penggubal dan pelaksana Modul di peringkat negeri yang berpengalaman melaksanakan Kursus Pascaperkahwinan Islam ini.

Antara objektif yang hendak dicapai melalui kursus ini ialah :

  1. Melahirkan barisan penceramah yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan ilmu kesihatan keluarga berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  2. Melahirkan barisan penceramah yang dapat membantu JAKIM menggerakkan pelaksanaan kursus di Agensi dan negeri-negeri seluruh Malaysia berpandukan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  3. Memberi pendedahan kepada barisan penceramah berkaitan pengisian Modul Pascaperkahwinan Islam.

Melalui Kursus ini, peserta bukan sahaja didedahkan dengan pengisian Modul semata-mata tetapi juga diakhiri dengan Slot Kemahiran kepada peserta sebelum bergelar penceramah bagi Kursus Pascaperkahwinan Islam iaitu “Penceramah sebagai Agen Transformasi melalui Penyampaian Kursus yang berkesan”.

 

 

pra1002

pra1003

Slot Penceramah Sebagai Agen Transormasi

pra1004

Slot Ibadah Pengurusan Stress alam rumahtangga

IMG 20180507 104515

Ucapan Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Oleh Ustaz Che Alias Bin Che Ismail

pra1005

pra1006