Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Pada 28 Julai 2020- telah berlangsung Pemantauan Prasarana & SOP KAFA Covid-19 di daerah Kota Bharu yang hadiri oleh Haji Hashim bin Salleh, Pengarah Pendidikan Bahagian Jakim, Puan Siti Nor Jihan binti Salleh@ Md Ghazali, Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Negeri Kelantan dan Unit Pemantauan dan Latihan Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.

Tujuan pemantauan ini diadakan bagi mengemaskini maklumat fasiliti & kemudahan prasarana Guru KAFA yang ada disekolah dan meninjau keadaan kelas KAFA agar mengikut garis panduan yang ditetapkan ekoran pandemik Covid-19. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng dan Sekolah Kebangsaan Bunut Payong.

pantau kota bharu 1
 
pantau kota bharu 2
 
pantau kota bharu 3
 
pantau kota bharu 4
 
pantau kota bharu 5
 
Bahagian pendidikan
JAKIM