Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Tahun 2020 telah diadakan pada 23 November 2020, Isnin secara atas talian dengan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Persidangan yang bermula jam 9.00 pagi telah dihadiri oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah-Pengarah Kanan dan semua Exco Agama Negeri Seluruh Malaysia, secara atas talian. Persidangan ini merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini dimana pertemuan awal pada bulan Mac yang lalu lebih memberikan fokus kepada isu cabaran pandemik Covid-19.
 
Beberapa keputusan dan kata sepakat telah diambil dan tindakan daripada pihak Persekutuan akan disusuli dengan peringkat Negeri bagi menjayakan kerjasama yang telah diperhalusi.
 
Persidangan secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 1
 
YB Menteri sedang mempengerusikan persidangan.
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 2
 
YB Timbalan Menteri juga hadir secara maya.
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 3
 
Hanya beberapa orang Pengarah Bahagian yang terlibat secara fizikal
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 4
 
Paparan skrin besar menunjukkan gambar beberapa Exco Agama Negeri yang turut sama dalam Persidangan ini
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 5
 
YB Menteri Besar Kelantan sedang memberikan pandangan
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 6
 
Persidangan kali ini berjalan lancar walaupun secara di atas talian
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 7
 
YB Dato Exco Agama Negeri Kedah sedang membacakan doa penutup.
 
Persidangan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa HEI 2020 8
 
 
 
Persidangan secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’