kamariyahAssalamualaikum.

Selaras dengan Misi Jakim untuk Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), JAKIM bertanggungjawab untuk merealisasikan Pengurusan Sumber Manusia yang lebih cekap, cepat bertindak dan menjurus kepada proses membuat keputusan secara lebih bijak, segera dan efektif.

BPSM JAKIM juga sedar untuk maju, kita perlu sentiasa sanggup menerima perubahan, manakala untuk kekal di hadapan, kita perlu menerajui perubahan. BPSM adalah salah satu penggerak utama dalam Jabatan ini sebagai institusi yang mengelola pengurusan sumber manusia terutamanya bagi Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Seterusnya BPSM Jakim bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan hal ehwal perkhidmatan dan pembangunan modal insan dengan efisien kepada semua Bahagian bagi membantu merealisasikan visi dan misi JAKIM.

Sekian, wassalam.


KAMARIYAH BINTI MOKHTAR
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)