Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 25 Februari - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Prinsip Syariah Dalam Industri Halal secara dalam talian pada 23 hingga 25 Februari 2021 di Bilik Kuliah Al - Hafs, Kampus Utama Bangi, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Kursus ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada peserta berkaitan ilmu syariah dan fekah yang menjadi asas perbincangan dalam industri halal.

Seramai 60 orang peserta terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dari pelbagai agensi telah menyertai kursus ini.

Penceramah yang dijemput bagi menjayakan kursus ini ialah Ustaz Mohamad Samir bin Sulaiman daripada Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM. Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan halal dalam dan luar negara.

Kursus ini mendedahkan kepada peserta berkaitan maqasid syariah dalam industri halal, pengurusan halal dalam industri, konsep halalan tayyiban, hak-hak pengguna, maqasid syariah dalam perlindungan pengguna dan Al-Istihalah dalam industri halal.

Semoga kursus ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat sebagai panduan dalam memahami dan mengaplikasi ilmu untuk kepentingan jabatan dan agensi masing-masing. Seterusnya dapat menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat.

Kursus Prinsip Syariah Dalam Industri Halal 1

Kursus Prinsip Syariah Dalam Industri Halal 2

Kursus Prinsip Syariah Dalam Industri Halal 3