Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Kundasang, 29 April 2021 (Khamis) : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan 1442H - bertempat di Dewan Tun Mustapha. Tetamu kehormat yang turut hadir ke program tersebut ialah Sahibus Samaha Datuk Haji Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Selain itu, program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua-Ketua Jabatan Agensi Islam Sabah, Pimpinan Kampung Mesilou dan Aktivis-Aktivis Dakwah di daerah Ranau.
 
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan masyarakat Islam terhadap hari-hari kebesaran Islam disamping memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dalam bulan Ramadan. Selain itu, penghayatan amalan-amalan yang baik dalam bulan Ramadan dapat dihidupkan.
 
Antara pengisian program ialah tazkirah Ramadan bertajuk “Madrasah Ramadan Membentuk Insan Rabbani” yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), ziarah asnaf di sekitar Kampung Mesilou oleh Skuad Sayangi Ummah IPDAS, penyampaian sumbangan al-Quran kepada Guru-Guru KAFA, Masjid al-Hikmah Kampung Mesilou dan penyampaian bakul makanan kepada yang memerlukan. Aktiviti kuiz turut diadakan bagi menguji kefahaman terhadap tazkirah yang disampaikan.
 
Program tersebut diakhiri dengan Majlis Iftar bersama tetamu yang hadir. Semoga program ini mampu memberikan kesan yang positif dalam menghidupkan Ramadan.
 
Program Ihya Ramadan ILIM Kundasang 1442H 1
 
Program Ihya Ramadan ILIM Kundasang 1442H 2
 
Program Ihya Ramadan ILIM Kundasang 1442H 3
 
Program Ihya Ramadan ILIM Kundasang 1442H 4