Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 02 Ogos 2017 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan telah menganjurkan Program Latihan dan Pengukuhan kepada jurulatih ILIM dan ILTIM.

ILIM telah menyambut baik kesinambungan tugasan pembangunan modul untuk setiap subjek dari Bahagian Pembangunan Insan. Oleh itu, dalam mengukuhkan ilmu yang sedia ada berkaitan pembangunan modul, Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan telah diberi mandat untuk mengadakan Kursus Training Design & Module Development kepada jurulatih ILIM dan ILTIM. Kursus tersebut telah diadakan selama 3 hari, bermula dari 31 Julai hingga 02 Ogos 2017 dengan penyertaan seramai 23 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Zukernain bin Wook dari Innotech Excel Consulting.

Kursus ini telah mensasarkan beberapa objektif iaitu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada jurulatih mengenai teknik pembangunan modul; meningkatkan kemahiran jurulatih dalam merangka standard modul yang boleh digunapakai dan semasa; dan memperkayakan metod dan keperluan-keperluan di dalam penyediaan modul yang efektif sama ada dalam bidang teknikal, softskills dan bidang-bidang spesifik.

Resolusi dari kursus yang dianjurkan, terdapat beberapa pelan tindakan yang perlu dilaksanakan antaranyamengadakan latihan dalam bentuk tidak rasmi iaitu latihan dalam tugasan (on job training), mentor mentee, pusingan tugasan (job rotation), lawatan dan penilaian. Bagi merangka atau membuat modul elakkan dari amalan copy, cut and paste, tetapi ia perlu berfikir dan menjiwai setiap modul yang akan dibangunkan. Modul yang telah ada perlu dimurnikan supaya ia lebih interaktif, efektif dan terkini bagi menimbulkan minat di kalangan peserta.

 
DesignModule1
Tuan Zukernain dalam slot pengajaran dan bimbingan
 
DesignModule2
Peserta sepenuh hati mendengar perkongsian ilmu dari penceramah
 
DesignModule3
Sesi pembentangan oleh peserta