Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 12 Januari 2018 - Program Gotong Royong Perdana ILIM 2018 telah diadakan melibatkan semua Zon dan kawasan luar persekitaran ILIM. Program tersebut dianjurkan untuk memastikan kawasan ILIM lebih kondusif dan selamat di samping itu sebagai pembuka tirai program rasmi EKSA ILIM 2018.

Satu sesi kick off program tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM, Puan Hajah Zaiton bin Abd Rahman, di Lobi Blok Pentadbiran ILIM. Persekitaran yang kondusif terbukti menjadi satu faktor positif meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan warga ILIM. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan pelaksanaan program-program kualiti yang dapat meningkatkan imej ILIM.  Warga ILIM amat komited dan memberi komitmen penuh bersesuaian dengan polisi EKSA ILIM iaitu “Menjadikan persekitaran budaya kerja intitusi latihan Islam yang selesa dan selamat”.

gotongroyong eksa1