Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 08 Februari 2018 - MEMAHAMI al-Quran lazimnya melalui kitab tafsir.  Sepanjang zaman banyak kitab tafsir yang dilahirkan bagi memberi kefahaman sebenar mengenai nas-nas yang terkandung dalam al-Quran. Ada ayat-ayat al-Quran yang bersifat muhkamat dan mutasyabihat yang memerlukan pendekatan tafsir untuk memahaminya. Menyedari kepentingan ini, Kluster Ilmu Teras ILIM telah menganjurkan Kursus Pemahaman Tafsir pada 6 dan 7 Februari 2018 bertempat di Bilik Hafs, Aras 1, Blok Akademik A, ILIM Bangi.

Kursus yang berlangsung selama dua hari bertujuan meningkatkan pemahaman peserta berkaitan kaedah penafsiran al-Quran dan isu-isu semasa berkenaan tafsir al-Quran. Kursus ini telah menampilkan penceramah-penceramah berkaliber seperti Dr. Khairul Anuar bin Mohamad , Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Shamsul Bahari bin Dahalan, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra, Putrajaya, Ustaz Mohd Mustakim bin Mohamood@Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh, Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Tafsir al-Quran harus sifatnya dinamik dan relevan dengan perkembangan zaman. Sifat zaman yang pantas berubah harus disantuni dengan roh al-Quran supaya nilai guna sains dan teknologi terkandung nilai guna yang baik dan memberi manfaat kepada manusia.

 pemahaman tafsir1

 pemahaman tafsir2

 pemahaman tafsir3

 pemahaman tafsir4