Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 28 Februari 2018, Kursus Kemahiran Siasatan telah diadakan pada 27 dan 28 Februari 2018 bertempat di Auditorium As-Syafiee, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah mengikuti kursus ini.

Objektif kursus ini adalah memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta mengenai aspek penting dalam bidang penyiasatan syariah bagi meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah dan teknik mengendalikan penyiasatan yang betul dan berkesan. 

Di samping itu juga dapat peserta di beri pendedahan kepada teknik siasatan teori dan praktikal bagi sesuatu kes yang berlaku bagi meningkatkan keberkesanan sebagai pegawai penyiasat bagi mengendalikan sesuatu kes.

Adalah diharapkan kursus ini membentuk sikap profesionalisme dan komitmen yang tinggi ke arah pengendalian penyiasatan syariah yg betul dan berkesan.

kemahiran siasatan 1

kemahiran siasatan 2

kemahiran siasatan 3

kemahiran siasatan 4

kemahiran siasatan 5