Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 8 Mac 2018 – Kluster Pembanguan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Diskusi Undang-Undang : Pindaan Akta 164 bagi memberi penerangan lanjut berkaitan pindaan Akta tersebut kepada penjawat awam khususnya mereka yang berkait dengan skim pengamalan Undang-Undang.

Majlis Diskusi ini telah dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri dari penjawat awam dan pengamal undang-undang.  Majlis ini diadakan pada 8 Mac 2018 bertempat di Auditoirium As-Syafii, ILIM, Bangi.  Penceramah jemputan khas bagi memberi penerangan berkaitan Akta 164 ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institute of Advanced Islamic Studies, Prof Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.

Akta 164 merujuk kepada Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Akta ini diluluskan pada tahun 1976, berkuatkuasa bulan Mac 1982 dan HANYA TERPAKAI KEPADA ORANG BUKAN ISLAM yang berkahwin di bawah undang-undang sivil yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan. Akta ini tidak terpakai kepada orang Islam yang terikat kepada Hukum Syarak.

Tujuan pindaan Akta 164 ini ialah untuk memberikan keadilan kepada pihak yang memeluk agama Islam supaya beliau diberikan hak untuk memfailkan permohonan perceraian dan menyelesaikan segala urusan berkaitan perkahwinan di bawah undang-undang sivil. Selain itu pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta pertindihan peruntukan undang-undang yang sedia ada juga dapat diselesaikan.

Secara kesimpulannya, Pindaan Akta 164 ini telah melalui proses penelitian yang panjang sebelum dibentangkan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dalam kerangka perundangan Sivil dan Syariah terutamanya aspek pertindihan isu melibatkan pasangan Islam dan Bukan Islam.

d undang 2

d undang 1

d undang 3

d undang 4