Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 4 Mei 2018 - SUKAN adalah salah satu platform untuk mengukuhkan lagi aspirasi nasional. Atas faktor itu Kelab Kebajikan Warga ILIM (KKWI) telah menganjurkan Temasya Sukan ILIM 2018 (SUKIM 2018 ) yang telah berlangsung pada setiap hari Jumaat bermula pada 20 April hingga 4 Mei 2018 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Secara umumnya penganjuran Temasya Sukan ini selain bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim ianya juga menggalakkan warga ILIM mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan aktif seterusnya mampu meningkatkan produktiviti mutu perkhidmatan.

Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti bola jaring, bola tampar, sepak takraw, futsal, badminton, memanah. dart, congkak, karom dan ping pong.  Warga ILIM diagihkan kepada 4 kumpulan/rumah iaitu Rumah Ali : Merah , Rumah Abu Bakar : Biru , Rumah Uthman : Hijau dan Rumah Umar : Hitam.

Juara keseluruhan SUKIM 2018 telah disandang oleh Rumah Umar (Hitam) dengan mata diperolehi sebanyak 53 diikuti Naib Juara , Rumah Ali (Merah) dengan mata 45, Rumah Abu Bakar (Biru) 44 mata dan Rumah Uthman (Hijau) 20 mata.

Adalah diharapkan penganjuran sukan ini menjadi budaya hidup, di kalangan warga ILIM agar ILIM mempunyai warga yang sihat dan tinggi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam memasuki era negara maju sekali gus memberi kesan positif kepada produktiviti peningkatan mutu perkhidmatan yang efektif kepada agama, bangsa dan negara.

sukim13

sukim1

sukim2

sukim3

sukim3a

sukim4

sukim5

sukim6

sukim7

sukim8

sukim9

sukim10

sukim11

sukim12