Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 12 Julai 2018 - Sijil Tinggi Profesionalisme Imam Tahap III telah dianjurkan oleh Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 9 hingga 12 Julai 2018 bertempat di ILIM, Bangi.  Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini merupakan lanjutan dari siri-siri sebelum ini.

Skop kursus pada kali ini mengetengahkan beberapa komponen seperti :

  • Konsep Tartil al-Quran
  • Tajwid Ilmi
  • Tahsin al-Sout
  • Asas Tarannum
  • Tahsin Surah al-Fatihah

Kursus ini adalah terbuka kepada semua penjawat awam dari pelbagai skim perkhidmatan. Peserta perlu mengikuti kesemua siri bagi melayakkan mereka untuk dianugerahkan siji tersebut.  Kursus pada siri ini dikendalikan oleh 2 orang penceramah berpengalaman iaitu Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan Ustaz Hasim Harun, Pensyarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi.

Menerusi kursus ini, diharapkan agar peserta mampu memahami konsep tartil al-Quran dan elemen-elemen penting dalam setiap komponen tartil al-Quran juga berupaya memahami sifat asas, peranan dan tabaqat suara seterusnya mengaplikasikan bacaan bertajwid, taranum Rast dan Nahwan melalui kaedah mujawwad dan murattal dalam surah-surah pilihan.  Semoga para peserta dapat menguasai bacaan surah al-Fatihah dengan fasih dan lancar menepati riwayat Hafs ’an ’Asim.

st imam1

st imam2

st imam3