Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI – Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi telah berjaya melaksanakan 3 buah program dengan 1 program kerjasama sepanjang 25 hingga 29 Mac 2019 yang lalu.

Membuka tirai minggu lalu pada 25 Mac 2019, Unit Perhubungan dan Antarabangsa dengan kerjasama Unit Perpustakaan dan Kelab Kebajikan Warga ILIM (KKWI) telah mengadakan Program Gaya Pemakanan Sihat dan Cetusan Kreatif. Program ini merupakan aktiviti sempena cuti sekolah melibatkan warga ILIM dan anak-anak yang dijadikan sebagai platform bagi menyebar informasi berkenaan amalan pemakanan yang sihat di samping mengetengahkan bakat serta kreativiti anak-anak warga ILIM.

Seramai 60 orang anak-anak warga ILIM telah pertandingan yang dianjurkan seperti Pertandingan Baca Jawi dengan Pantas dan Peraduan Mewarna manakala warga ILIM pula diberi “supplement” mengenai gaya pemakanan sihat daripada Puan Noor Kamsina Aziz dari Institut Sukan Negara dan Encik Muhamad Azri bin Rahman, Pemain Futsal Kebangsaan.

Kampus Utama juga meneruskan fungsi utama dalam memberikan latihan kepada pegawai Hal Ehwal Islam dengan menganjurkan Kursus Tafaqquh Pegawai Hal Ehwal Islam : Hadith dan Kursus Pengurusan Dakwah Strategik kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli bermula 26 hingga 28 Mac 2019.

Seramai 15 orang pegawai hal ehwal Islam dari JAKIM, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri telah menyertai kursus satu hari anjuran Kluster Turath dan Tamadun Islam. Manakala 26 orang penggerak masyarakat orang asli telah hadir ke Kampus Utama bagi mengikuti kursus 3 hari anjuran Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam.

Sebagai penutup cuti sekolah, Kampus Utama Bangi telah berkolaborasi bersama Bahagian Penyelidikan JAKIM dalam menjayakan Wacana Kewangan Islam 2019 pada 28 Mac 2019. Seramai 500 orang kakitangan awam telah menghadiri program anjuran bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) dan Malaysian Takaful Assosiation (MTA).

Selembar Bersama Kampus Cawangan

TERENGGANU : ILIM Kampus Besut telah berjaya melaksanakan Kuliah Fitrah pada 24 Mac 2019 kepada warga ILIM dan pekerja syarikat kontraktor Kampus Besut. Program 1 hari itu merupakan anjuran Seksyen Perhubungan dan Keurussetiaan. Di samping itu, Kluster Pembangunan Insan turut menganjurkan kursus 2 hari kepada kakitangan awam di Terengganu yang masih berlangsung sehingga kini iaitu Kursus Aplikasi Terapi Syarie yang bermula pada 31 Mac hingga 1 April 2019.

NEGERI SEMBILAN : ILIM Kampus Jelebu telah menganjurkan Senam Perdana melibatkan 20 orang kakitangan ILIM serta pekerja syarikat kontraktor Kampus Jelebu. Program tersebut telah diadakan pada 29 Mac 2019 di Laman Umar Abdul Aziz merupakan anjuran Kluster Data dan Dokumentasi.

SARAWAK : ILIM Kampus Lawas juga melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 26 Mac 2019 dan Seminar Maqasid Syariah 2019 pada 30 Mac 2019. Kedua-dua program itu masing-masing mendapat sambutan seramai 50 orang kakitangan awam. Antara agensi yang turut bekerjasama dalam penganjuran kursus dan seminar ini ialah KEMAS Lawas, Masjid Besar Daerah serta Unit Saudara Kita Daedah Lawas.

SABAH : ILIM Kampus Kundasang telah berjaya melaksanakan Kursus Induksi Guru KAFA Siri 2 pada 28 hingga 31 Mac 2019. Seramai 90 orang guru KAFA terlibat untuk mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) KAFA yang betul dan berkesan selama 3 hari berkursus.

ilim1

Gambar kenangan : Peserta Peraduan Mewarna dan staff ILIM bergambar bersama Pengarah Kanan
 
ilim jelebu 1
 
ILIM Sihat : Pengarah ILIM Kampus Jelebu turut menyertai Senam Perdana pada 29 Mac 2019

 ilim lawas 1

Sarawak : Seminar Maqasid Syariah 2019 anjuran ILIM Kampus Lawas
 
ilim kundasang 1
 
Beri Perhatian : Guru KAFA diberikan “task” dalam LDK Kursus Induksi Guru KAFA Siri II di ILIM Kampus Kundasang, Sabah.