Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 25 Julai 2019 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal (JAKIM), telah menganjurkan Kursus Kompetensi Pegawai Pemeriksa Badan Pensijilan Halal Luar Negarapada 23 hingga 25 Julai 2019 di Bilik Al-Baitar, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan serta pengukuhan kompetensi pegawai dalam meningkatkan kemahiran dan nilai integriti dalam melaksanakan tugasan. Seramai 25 orang peserta terdiri dari pegawai Bahagian Pengurusan Halal (JAKIM) dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia (JAKIM) telah menyertai kursus tersebut.

Dalam program ini, peserta telah diberi pengetahuan tentang tanggungjawab dan etika pegawai pemeriksa halal, MS1500:2009 & Malaysia Protocol For Halal Meat and Poultry Production, keperluan badan pensijilan halal luar negara, prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara dan pengauditan badan pensijilan halal luar negara. Peserta juga turut mengikuti latihan dalam kumpulan dengan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan mengikut modul yang sedia ada seperti kaedah pengisian senarai semak audit badan islam luar negara, perbincangan fiqh berkaitan halal, laporan pemeriksaan badan pensijilan halal luar negara dan laporan pemeriksaan badan pensijilan halal luar negara(laporan eksekutif).

Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

Kursus Kompetensi Pegawai Pemeriksa Badan Pensijilan Halal Luar Negara 1

Kursus Kompetensi Pegawai Pemeriksa Badan Pensijilan Halal Luar Negara 2

Kursus Kompetensi Pegawai Pemeriksa Badan Pensijilan Halal Luar Negara 3