Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 13 Oktober - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Program Diskusi Fiqh pada 13 Oktober 2020 secara atas talian dan bersemuka.  Sejumlah 40 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Kursus ini diadakan bertujuan memperkasakan penguasaan ilmu fiqh menggunakan Kitab Turath di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam. Pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab, menggunakan Kitab: Iknaq Fi Jalla Al-Faz Abi Shujaa’  yang dikarang oleh  Muhammad Al-Syarbiinii Al-Khotib.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd.  Semoga kelas pengajian  ini mampu memberi pendedahan dan meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu Fiqh.