Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 24 September – Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Pengkaedahan Jawi Lanjutan kepada pegawai hal ehwal Islam dan skim perkhidmatan yang lain dari pelbagai agensi. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu pada 22 hingga 24 September 2020.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan dan pengejaan jawi yang selaras dengan kaedah yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran peserta telah diberi pemahaman dan latihan secara latih tubi untuk meningkatkan kemahiran mereka. Slot-slot bagi kursus ini ialah penggunaan huruf hamzah, perkataan tiga suku kata dan lebih, perkataan serapan bahasa Arab dan bahasa Inggeris, diftong dan kata ganda, kata terbitan (imbuhan awalan, akhiran dan sisipan), akronim dan kata singkatan dan menukar teks rumi kepada tulisan jawi. Latihan-latihan bertulis telah diberikan dan yang terakhir ialah ujian penilaian.

Kursus selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang sangat berpengalaman dan praktis dalam penulisan kaedah jawi baharu dan mereka adalah Munsyi Dewan (Jawi) yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Munsyi-munsyi Dewan (Jawi) tersebut ialah Ustaz Mat Yusof bin Abdul Rahman, Ustaz Saiful Bahri bin Yaziz dan Ustazah Fadzilah binti Mustafa. Seramai 13 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Pejabat Agama Islam Daerah, Institut Pendidikan Islam dan Sekolah. Semoga kursus ini berjaya melahirkan phei yang mampu membaca, menulis dan mengeja jawi dengan tepat menggunakan kaedah jawi baharu DBP.