Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
09 Julai 2020 (Khamis) - Pada hari ini IPDAS telah menerima kunjungan dari YBrs. Encik Aidi Bin Hj. Sapri, Pegawai Perikanan & Landskap, Pejabat pengurusan sumber akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Sabah.
 
Tujuan utama kunjungan beliau adalah untuk bekerjasama dalam memperindahkan lagi landskap IPDAS. Pembangunan landskap adalah satu langkah untuk memastikan pembangunan kawasan sekitar yang mampan.
 
Ribuan terima kasih pihak IPDAS ucapkan di atas kunjungan beliau. Semoga usahasama ini sentiasa utuh.
 
Pembangunan Landskap IPDAS 1
 
Pembangunan Landskap IPDAS 2