Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
IPDAS, 09 Ogos 2020 (ahad) - Majlis Ramah Mesra YBhg. Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik, Pengarah IPDAS bersama Pelajar Baharu Diploma Dakwah Islamiyyah (DDI) telah dianjurkan bertempat di dewan utama IPDAS.

Penganjuran majlis ini adalah satu wadah bagi pelajar agar dapat mendengar amanat Pengarah yang disampaikan sebagai penyuntik semangat sebelum memulakan pengajian.

Sementara itu, dalam amanat beliau mengingatkan bahawa pelajar merupakan bakal "DA'IE" dan perlu mempersiapkan diri sepenuhnya dalam tempoh pengajian sebelum melangkah ke medan dakwah agar benar-benar menjadi da'ie yang sesuai dengan peredaran zaman.

Tambahan lagi, beliau juga menasihatkan setiap pelajar untuk mencari peluang menguasai pelbagai ilmu kemahiran antaranya kemahiran kepimpinan, kemahiran digital dan sebagainya. Hal ini kerana ia turut menjadi elemen penting bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Di akhir ucapan, beliau mengucapkan selamat berjuang kepada pelajar-pelajar dan semoga menjadi da'ie yang hebat khususnya di bumi Sabah.
 
Ramah Mesra Bersama Pelajar Baharu 1
 
Ramah Mesra Bersama Pelajar Baharu 2
 
Ramah Mesra Bersama Pelajar Baharu 3
 
Ramah Mesra Bersama Pelajar Baharu 4