Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Pada 23 sehingga 25 September lalu, Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan telah mengadakan satu Bengkel Kriteria Dan Training Needs Analysis (Tna) Hakim Pelapis Bagi Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran di Hotel Impiana, Ipoh Perak.
Seramai 12 orang hakim kebangsaan dan antarabangsa telah dilibatkan bersama lebih 20 orang peserta yang pernah terlibat selaku urusetia dalam pengendalian Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dato Dr. Sirajudin bin Suhaimee, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan. Dalam ucapan beliau, mewakili Puan Hajah TKP(D) adalah menjadi harapan agar satu sistem pengurusan yang lebik baik dapat dijayakan dengan melahirkan barisan hakim yang kompeten bertaraf dunia.
Bengkel ini bukan hanya membincangkan agenda penyediaan kriteria untuk dijadikan satu ukuran bagi seseorang hakim yang bakal dilantik, bahkan ia juga sebagai satu medium melahirkan hakim yang lebih berpengalaman dan diiktiraf. Justeru TNA yang dibincangkan juga bakal dibawa ke dalam Muzakarah Hakim Kebangsaan dan seterusnya bakal dijadikan modul untuk latihan dan bimbingan bagi hakim pelapis.