Kurator Berita : Unit Integriti

“IBRAH DARI TIRAI BESI”. Ungkapan suatu bentuk pengajaran yang dilalui setelah seseorang itu didapati bersalah melanggar undang-undang negara”. Pertama kali bagi tahun 2018, Unit Integriti, Jakim dengan kerjasama Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Seminar Pengukuhan Integriti 2018 pada 13 Mac 2018 (Selasa) bertempat di Kampus Intan Sabah. Perkongsian pengalaman sebenar oleh Saudara Mohd Firdaus bin Ramlan, mantan Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Krai, Kelantan ini berkisarkan bagaimana beliau mulanya terjebak dengan gejala rasuah sehinggalah dijatuhi hukuman penjara yang tanpa disedari telah menggadai maruah diri dan keluarga. 

Integriti perlu disemat dalam diri setiap penjawat awam agar setiap pekerjaan dilakukan dengan amanah dan bertanggungjawab. Sebagai penglipurlara di sebalik kisah hidup sebenar, beliau bersyukur dan tidak menyesali dengan apa yang telah terjadi malah menyifatkan penjara bukan tempat berakhirnya sebuah kehidupan, sebaliknya mampu menjadi permulaan kepada yang lebih baik. Nasihat beliau lagi, usaha pembudayaan integriti perlu dipertingkatkan dalam pengurusan pentadbiran agar menjadi pemangkin kecemerlangan dalam organisasi. 

 

Sesi ceramah seterusnya telah disampaikan oleh YBhg. Puan Aini binti Awang Muda, Penolong Pesuruhjaya, SPRM Negeri Sabah. Beliau memberi pendedahan kepada peserta berkaitan fungsi SPRM, Akta SPRM dan beberapa contoh kesalahan dan hukuman yang telah diterima oleh pesalah rasuah selain berkongsi pengalaman beliau semasa bertugas di Bahagian Siasatan SPRM. Beliau turut menasihatkan agar Jakim selaku agensi agama sentiasa menjaga nama baik dan imej jabatan agar tidak terjebak dengan sebarang bentuk perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

 

Ucapan penghargaan dan tahniah kepada 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jakim Cawangan Sabah yang sangat komited hadir ke seminar ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Jakim Cawangan Sabah atas kerjasama menganjur dan menjayakan program ini. Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
 
SP1
Perkongsian pengalaman oleh Mantan Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai.
 
SP2
 
SP3
Peserta kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.
 
SP4
Antara peserta yang hadir dalam seminar ini.
 
SP5
Ceramah yang disampaikan oleh Puan Aini binti Awang Muda, Penolong Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia