Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

BANDAR ENSTEK, 16 November 2020 - Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) JAKIM telah menerima kunjungan dari YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berlangsung hampir satu jam di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Lawatan kali pertama YB Menteri ke MyHAC tersebut bertujuan untuk mendapatkan perkembangan terkini projek pembangunan Gudang Eksibit Halal yang mula dibangunkan mulai Julai 2020 lalu dan dijangka siap pada Januari 2022 dengan kos RM5.3 juta di samping berkongsi pandangan demi memantapkan lagi pensijilan halal Malaysia agar kekal unggul di peringkat antarabangsa.

Sebelum sesi lawatan ke tapak projek berkenaan, YB Menteri telah diberi taklimat ringkas berkaitan MS ISO/IEC 17025 : 2017 yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan perkembangan terkini projek oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan.

Untuk rekod, MyHAC JAKIM yang dibangunkan pada tahun 2015 tersebut berfungsi menjalankan analisis halal ke atas produk-produk atau bahan mentah yang mahu dipersijilkan halal seterusnya meningkatkan lagi kualiti dan integriti produk yang telah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

Kunjungan YBM Ke MyHAC 1Kunjungan YBM Ke MyHAC 2Kunjungan YBM Ke MyHAC 3Kunjungan YBM Ke MyHAC 4