Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia KAFA Peringkat Zon Tengah Tahun 2019 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Penganjuran program ini telah melibatkan seramai 48 orang penyelia KAFA dari negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Program ini merupakan lanjutan daripada siri kursus yang telah dilaksanakan pada tahun 2018.
 
Dalam pada itu juga, objektif program pada kali ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pengurusan pemantauan kelas KAFA di kalangan penyelia KAFA selari dengan aspirasi negara dalam memperkasakan modal insan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadikan guna tenaga yang produktif.
 
Program ini merupakan latihan yang wajib diikuti oleh penyelia KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia. Seramai 4 orang penceramah/fasilitator dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada semua peserta.
 
Pengisian program pada kali ini memfokuskan kepada skop peranan dan tanggungjawab penyelia merangkumi aspek disiplin, integriiti dan penambahbaikan pengurusan pemantauan. Bagi tujuan melihat keberkesanan latihan penyelia yang telah diadakan pada tahun lepas, peserta diberi peluang mengaplikasi kemahiran dan ilmu melalui slot praktikal pemantauan PdP di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pertama dan Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Pahang.
 
Majlis Perasmian telah dimulai dengan ucapan aluan daripada YBrs. Tuan Haji Ahmad Shukri bin Mohamed Sodin Penolong Pengarah Pendidikan, (Unit SAR & KAFA), Jabatan Agama Islam Pahang. Seterusnya Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, JAKIM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Jamilah binti Mohd Noor, Ketua Jabatan, Jabatan Pedagogi Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor dan pensyarah-pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor.
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 1
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 2
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 3
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 4
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 5
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 6
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 7
 
Kursus Lanjutan Profesionalisme Penyelia Kafa Zon Tengah 2019 8