LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PROGRAM FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Bil.7/2021

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Vaksin : Cegah Sebelum Kalah yang akan disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 pada 25 Februari 2021 (Khamis), jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
  2. Forum yang menampilkan 9 orang ahli panel dan dua orang moderator ini merupakan julung-julung kali diadakan dengan menampilkan barisan panelis teramai. Ia diadakan sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada semalam.
  3. Barisan panel yang akan mengupas topik ini ialah :
    1. YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
    2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
    3. YBhg Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim
    4. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
    5. YBhg Datuk Wan Zahidi Wan Teh
    6. Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)
    7. Sohibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah
    8. Mufti Wilayah Persekutuan
    9. Sohibus Samahah Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
    10. Mufti Perlis
    11. Sohibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir
    12. Timbalan Mufti Negeri Selangor
    13. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
    14. Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia
    15. Dr Suhazeli Abdullah
    16. Pakar Perubatan Keluarga
    17. Saudara Firdaus Wong
    18. Pendakwah
  4. Manakala moderator forum ini ialah Ustaz Mohd. Hariri bin Mohamad Daud, Pegawai JAKIM dan Ustaz Rizal Ramli, Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor.
  5. Diharapkan penganjuran forum ini akan dapat memberi kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai salah satu usaha dan ikhtiar pihak kerajaan selaras dengan Maqasid Syariah demi menjaga nyawa ummat.
  6. JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia merentasi agama, bangsa dan peringkat umur untuk sama-sama menonton program yang bermanfaat ini.
  7. Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.
 
Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,
 
(DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
24 Februari 2021