Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 03 Ogos 2018 – Program Book2u yang membawakan konsep troli bergerak dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan sama ada berbentuk ilmiah dan santai, merupakan satu inisiatif bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Ketua Unit Perpustakaan, Aimaduddin Kamaludin berkata, sambutan di kalangan warga ILIM amat menggalakkan dan mereka memberi sokongan penuh terhadap aktiviti pengedaran buku seumpama itu dan berharap dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, selain Book2u, kita juga pernah mengadakan program seperti perpustakaan bergerak dan menyediakan bahan bacaan di perpustakaan yang dapat menarik minat warga ILIM untuk membaca” katanya.

Aimaduddin berkata, selain bahan bacaan ringan, pihaknya juga menggalakkan warga ILIM membaca buku ilmiah dan kebanyakan buku berbentuk ilmiah sekarang banyak di pasaran dengan paparan mudah dan ringkas, yang mudah difahami.

Book2u diadakan setiap hari Jumaat, jam 10.00 – 10.30 pagi dengan pengedaran ke tempat-tempat yang ditetapkan berdasarkan jadual berikut ;

  • Minggu Pertama   : Aras 1 & 2 Blok Pentadbiran
  • Minggu Kedua      : Aras 3 & 4 Blok Pentadbiran
  • Minggu Ketiga      : Unit Domestik & KTM
  • Minggu Keempat  : UKP

Sementara itu Ketua Unit Korporat dan Pengantarabangsaan, Mohamed Ismail Mohamed Yusof berkata, aktiviti itu dapat memberi pendedahan baharu kepada warga ILIM, selain bahan bacaan yang disediakan di pusat sumber ILIM.

Menurut Pembantu Operasi, Unit Pentadbiran, Famella Maheran berkata, program Book2u amat bertepatan dengan kempen budaya membaca dan bahan bacaan disediakan juga pelbagai, meliputi semua peringkat usia.

“Saya harap pada masa akan datang program ini dapat diadakan lagi kerana ia dapat mengumpul buku-buku yang digemari dalam satu tempat,” katanya.
 

book2u1

book2u2

book2u3

book2u4

book2u5

book2u6