|
PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH |
|
Disusun oleh |
|
BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM,
JABATAN PERDANA MENTERI |
|
|
||
SAYA bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan rahmatnya, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah berjaya menyiapkan sebuah buku kecil bertajuk "PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH" yang bertujuan untuk memberi penjelasan kepada seluruh masyarakat awam tentang aspek-aspek dasar penyelewengan yang dilakukan oleh kumpulan anti hadith ini. Kerajaan sentiasa peka dan sensitif serta amat mengambil berat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah,memandangkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah menjadi pegangan utama umat Islam di negara ini. Pegangan aqidah yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadith akan memberi kesan yang negatif dan merbahaya kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Penyimpangan aqidah seumpama ini akan menyebabkan umat Islam hidup di dalam suasana kacau bilau, pecah belah dan bercakaran sesama sendiri yang akhirnya akan memberi peluang kepada musuh-musuh Islam menghancurkan keamanan dan kestabilan politik dan negara. Ancaman yang amat merbahaya ini seharusnya disekat dengan segera agar
tidak merebak dengan meluas di kalangan masyarakat awam. Oleh yang
demikian Akhirnya saya berharap penerbitan buku kecil ini dapat memberi sumbangan dan kefahaman kepada umat Islam ke arah menangani isu penyelewengan anti hadith yang melanda umat Islam hari ini. Sekian, Terima kasih. |
||
| Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur |
||
|
|
||
SAYA memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana Cawangan Penyelidikan, Pembangunan dan Perundangan Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri sekali lagi berjaya menerbitkan buku kecil bertajuk "PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH". Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk memberi penjelasan kepada seluruh umat Islam tentang fahaman yang dibawa oleh gerakan ini. Dalam menyelesaikan masalah yang menyentuh aqidah urnat Islam ini, seluruh masyarakat Islam hendaklah berwaspada dan sentiasa memelihara diri dan ahli keluarga daripada terjebak dan terjerumus kepada fahaman seumpama ini. Oleh yang demikian setiap muslim hendaklah bertanggungjawab memelihara kemumian aqidahnya daripada diselewengkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu, kerana menghayati pegangan yang menyeleweng akan mengakibatkan sesat dari jalan Allah dan memporak peranda pegangan aqidah masyarakat Islam di negara ini. Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawAl-pegawai dan pihak yang terlibat bagi menerbitkan buku ini. Semoga segala usaha dan amal bakti ini dapat mempertahankan kesucian dan ketinggian agama Islam. Semoga usaha cemerlang ini diberkati Allah jua. Sekian, terima kasih. |
||
| Brig. Jen. Dato' Abdul Hamid bin Hj. Zainal Abidin, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam |
||
|
|
||
|
|
||
TUJUAN Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Anti Hadith supaya orang-orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan kumpulan tersebut bahawa fahaman mereka adalah bercanggah dan terkeluar dari ajaran Islam. |
||
LATARBELAKANG Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran
daripada penulisan sebuah buku bertajuk “Hadis Satu Penilaian Semula”
tulisan Kassim Pengarang buku tersebut telah mempersoalkan autoriti hadith dan
memberikan beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Beliau juga
telah menuduh |
||
KESESATAN FAHAMAN ANTI HADITH Kesesatan kumpulan yang berpegang kepada fahaman Anti Hadith dapat dilihat penyelewengan mereka dalam bidang- bidang seperti berikut:
|
||
|
|
||
(a) Menolak Hadith Secara Total Sebagai Sumber Aqidah dan Perundangan Islam Antara bahan-bahan penulisan mereka yang memuatkan fahaman ini ialah: (i) Buku “Hadis Satu Penilaian Semula” tulisan Kassim Ahmad: |
||
ULASAN Al-Quran dan hadith adalah dua sumber rujukan utama umat Islam di dalam
kehidupan mereka di dunia ini. (i) Al-Quran memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak bertutur mengenai Islam berdasarkan hawa nafsu, malah ia adalah wahyu dari Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud: "Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm ayat 3-4)(ii) Al-Quran sendiri menyuruh umat Islam menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasuluilah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apajua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..................... (Al-Hasyr ayat 7)(iii) Al-Quran mengarahkan supaya mentaati Rasulullah s.a.w. sesudah mentaati Allah S.W.T. dan Baginda merupakan tempat rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah- bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah, (Al-Quran) dan (Sunnah) RasuINya,jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya" (An-Nissa' ayat 59)(iv) Al-Quran meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai pemutus dan penghukum sesudah Al-Quran tanpa boleh memilih hukum yang lain, sebagaimana firman Alla yang bermaksud: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri, mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" (Al-Ahzaab ayat 36)Oleh kerana kedudukan sunnah dan Rasulullah s.a.w. itu sendiri memainkan peranan penting dalam menyempurnakan pelaksanaan syariat Allah dengan pengakuan dari Al-Quran, maka sudah tentu pengawasan terhadap Al-Quran akan melibatkan sama pengawasan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa kita tidak mengakui tentang lengkapnya Al-Quran, tetapi persoalannya bahawa manusia (umat Muhammad) tidak akan dapat memahami kandungan Al-Quran tanpa penjelasan dan huraian daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka antara tugas Rasul itu ialah menerang, menjelas dan menghuraikan segala perintah dan hukum daripada Allah, yang terkandung di dalam wahyu-Nya kepada seluruh manusia. Dengan sebab itu berdasarkan kepada Al-Quran, sunnah itu sendiri, diletakkan sebagai sumber kedua perundangan Islam. Al-Sunnah dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, method atau cara hidup (l). Al-Sunnah juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk (2) Al-Sunnah dari segi istilah Ahli-ahli Hadith ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s. a. w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak, sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul (3) Takrif al-Sunnah di atas juga merupakan takrif Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith. Oleh yang demikian al-Sunnah dan Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith adalah membawa maksud yang sama. Sebenarnya Hadith telah wujud di zaman Rasulullah. Pada masa Rasulullah s.a.w. Hadith disampaikan melalui: (i) Pengucapan |
||
| (b) Menolak Dua Kalimah Syahadah
Kumpulan Anti Hadith ini berfahaman bahawa Dua Kalimah Syahadah yang
diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Quran, kerana syahadah
yang (i) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik Tulisan Kassim Ahmad: |
||
ULASAN Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah
adalah rukun Islam yang pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi
s.a.w. yang Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i)Sabda Nabi lagi: Daripada Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab, "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menditikan sembahyang, menunaikan zaka4 berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "engkau benar “............................” (Riwayat Muslim)
Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah
pesuruh Allah yang diutus kepada sekalian manusia. Ini bertepatan dengan
firman Katakanlah! (Wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutuskan oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasuINya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahnya (Kitab-kitabnya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk. (Surah Al-A'raaf ayat 158) |
||
(c) Menolak Qada' dan Qadar Kumpulan ini j@uga menolak kepercayaan kepada Qada' dan Qadar yang
merupakan salah satu tonggak keimanan yang wajib dipegang oleh setiap umat
Islam. Antara hujah mereka: (1) ”Kepercayaan kepada takdir yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam hari ini dimasukkan ke dalam Rukun Iman dan berasal dari Hadis ............... Kepercayaan ini tidak ada, malah dibantah dalam Quran.................. "Tidakkah fahaman ini melumpuhkan daya kreatif umat Islam dan menjadi punca utama kejatuhan mereka?" (Petikan dari IQRA' Jil. 3/Bil. I., Syaaban 1415/Januari 1995, hal.2) |
||
ULASAN Beriman dengan Qada'dan Qadar ialah mempercayai bahawa segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. pada azal serta diputuskan hukum itu berlaku seperti yang telah ditetapkan itu. Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada' dan
Qadar ini ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut
undang-undang, Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada-rukun Iman. Ini dapat dibuktikan melalui hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Daripada Umar ra. katanya "Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan berpakaian serba putih, rambutnya hitam, badannya kemas. Lalu ia duduk dan bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w .............. Beritahuku mengenai iman, Lalu Baginda menjawab "Bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada' dan qadar ........" (Riwayat Muslim)Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qada' dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya." (Riwayat Al-Tirmidhi)Di dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang konsep Qada' dan Qadar ini berdasarkan maksud ayat seperti berikut: "Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankaniah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganiah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) sluatu syariat danjalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) (al-Maidah: 48) |
||
(d) Memesongkan Pengertian Sebenar Ayat-ayat Al-Quran. Antara penyelewengan paling nyata yang dilakukan oleh Kumpulan Anti
Hadith ini ialah menterjemah dan menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut
"selera" sendiri tanpa memperhitungkan disiplin ilmu Islam yang
sebenarnya. Contoh ayat-ayat yang telah diselewengkan tersebut
ialah: (i) Ayat 12, Surah at-Taghaabun. |
||
ULASAN Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. (Al-Ahzaab: ayat 40)Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu yang mengaku dirinya seorang Islam, mentaati Allah dan RasuINya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketaatan kepada Rasul ini ialah dengan mengikuti dan mentaati ajaran Allah yang dilaksanakan dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w. semasa hidupnya dan selepas wafatnya serta mentaati ajaran yang ditinggalkan iaitu Al-Quran dan al-Sunnah. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ke"Ulil Amri"(orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah) RasuINya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa': ayat 59)Ayat Al-Quran di at'as jelas menyatakan bahawa setiap individu Islam wajib mentaati Rasulullah s.a.w. tanpa berbelah bagi dan mengakui kerasulannya yang diutuskan oleh Allah sebagai pentafsir kepada Al-Quran. Jika sekiranya timbul sesuatu perselisihan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, perlulah dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah garis panduan yang telah diberikan oleh Islam. Mentafsir ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan akal fikiran sendiri
dengan sewenang-wenangnya adalah haram. Ini telah disepakati oleh para
ulama, Daripada Ibnu Abbas ra katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan, maka hendaklah ia menempah tempat duduknya di dalam neraka" (Riwayat At-Tirmidhi) |
||
(e) Mempertikaikan Kesahihan ayat-ayat Al-Quran Selain daripada memesongkan pengertian ayat-ayat Al-Quran, kumpulan ini juga didapati telah mempertikaikan kesahihan ayat 128 dan 129, surah al-Taubah. Kassim Ahmad melalui bukunya "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKIRITIK", ha] 60, pendakwa bahawa terdapat sabotaj dalam penulisan kedua-dua ayat ini kerana ia tidak dapat diselaraskan dengan kod 19. |
||
ULASAN Sumber rujukan umat Islam selepas wafat Rasulullah s.a.w. ialah Al-Quran dan Sunnah. Ini jelas melalui sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah (s.a.w.)" (Riwayat Malik)Daripada hadith di atas dapatlah difahami bahawa Kod 19 yang menjadi rujukan utama Kumpulan Anti Hadith adalah bercanggah dengan Islam, kerana Kod 19 bukanlah wahyu daripada Allah, malah ianya teori manusia sahaja sebagai penemuan baru. Berbanding dengan Al-Quran dan hadith, kedua- duanya adalah daripada wahyu Allah s.w.t. lanya terjamin sehingga hari kiamat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu itu (sama adaAl-Quran atau hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. (Surah An-Najm: ayat 3-4)Kesahihan ayat-ayat Al-Quran tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi kerana ayat-ayat suci Al-Quran tetap terpelihara daripada sebarang bentuk sabotaj, perubahan dan penyelewengan. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” (Surah Al-Hijr: ayat 9)Susunan ayat-ayat Al-Quran di dalam Mashaf Uthman ini adalah benar-benar daripada penyusunan yang dibuat secara "tauqifi" oleh Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mentauqifkan pula kepada penulis wahyu. Sebab itu Saidina Uthman apabila ditanya beliau menjawab bermaksud: “Wahai anak saudaraku, aku tidak mengubah sesuatu dari tempatnya" (8). Al-Quran Mashaf Uthman ini juga telah diterima di zaman sahabat sebagai ijma' sahabat tanpa sebarang bantahan dan yakin sampai darjat mutawatir. Kalau sekiranya kita mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran, ini menunjukkan kita sendiri tidak berpegang teguh dan mempercayai sepenuhnya terhadap Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam, kita wajib mempercayai kesucian seluruh ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan Kod 19 yang menjadi rujukan kumpulan Anti Hadith tidak terjamin keasliannya, kerana ia adalah hasil pemikiran manusia yang mempunyai batas-batas ilmu yang sangat terhad, malah Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan Maha Kuasa terhadap dunia dan segala yang terkandung di dalam alam ini. |
||
(f) Mendakwa Kiamat Akan Berlaku Pada 1710H/ 2280M Kumpulan Anti Hadith ini juga mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M berdasarkan kepercayaannya kepada Kod 19. Kenyataan ini terkandung di dalam buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK" tulisan Kasim Ahmad. "Angka 309 ada disebut dalam Quran dalam konteks yang berkaitan dengan tamatnya dunia dan kiamat. Ini bermakna Quran sendiri mengesahkatarikh tamatnya dunia dan kiamat. Oleh yang demikian, dunia ini akan berakhir 309 tahun Hijrah dari 1400 atau 300 tahun masihi dari 1980 pada 1710 T.H. bersamaan dengan 2280 T.M." (hal. 59) |
||
ULASAN Tidak ada siapa daripada makhluk Allah yang mengetahui tentang bilakah akan berlakunya Hari Kiamat. Perkara ini adalah termasuk di dalam perkara ghaib yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera manusia, juga oleh para malaikat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Katakanlah lagi: "Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah. Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). (Surah An-Naml: Ayat 65)
Daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya (oleh Malaikat Jibril)Allah Maha Berkuasa menentukan bila berlakunya hari kiamat. Manusia tidak dapat meramal waktu dan masanya. Manusia tidak disuruh dan diperintah untuk meramal hari kiamat. Sebaliknya manusia dituntut supaya memakmurkan bumi Allah ini dengan kerja-kerja kebajikan dan bukannya melakukan perkara-perkara yang boleh membantut pembangunan negara dan seterusnya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat kerana mereka akan meramalkan sikap "anti establishment". Sikap seumpama ini amat bercanggah dengan ajaran Islam. Islam menuntut umatnya supaya berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada, maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Al-Baqarah: ayat 148)Agama Islam melarang keras umatnya yang menjadi tukang tilik atau menenung nasib seseorang terhadap sesuatu perkara ghaib, kerana perbuatan sedemikian adalah termasuk di dalam perkara keji dan kotor. Ini jelas diperakui oleh Al-Quran melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari pesyaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (Surah al-Maidah: ayat 90)Kita sebagai manusia biasa seharusnya insaf dan sedar bahawa kita ini semuanya hamba Allah s.w.t. yang dikurniakan oleh Allah ilmu-ilmu.yang terbatas sahaja dan tidak mampu untuk menjangkau dan memiliki alam ghaib dan sepatutnya kita akur dan tawadhu' bahawa Allah s.w.t. sahaja yang Maha Berkuasa di dalam perkara ini. |
||
(g) Menolak Berlakunya Siksaan Kubur Selepas Mati Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menafikan berlakunya perkara 'ghaib selepas mati', contohnya seperti siksaan kubur selepas mati kerana ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan hadith-hadith mengenainya adalah palsu belaka. Contohnya: "Hamdan takjumpa dalam Quran. Ajaran ada siksa kubur menunjukkan seolah-olah nabi mengajar yang Tuhan itu tak adil dan zalim. Dia melaksanakan hukuman sebelum dihukum atau didengar dan dibuktikan apa-apa kesalahan. Ini semua Hadith Palsu" (Petikan dari buku "PENDEDAHAN KEBENARAN ADALAH DARI TUHAN MU-HADITH DI DALAM AL-QURAN" Idris Abdul Rahman, hal. 269)Penolakan ini dinyatakan oleh KASSIM AHMAD sendiri melalui akhbar UTUSAN MALAYSIA 14 OGOS 1995: "Allah tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan jangka waktu di antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat". |
||
ULASAN Kubur ialah tempat perhentian yang pertama di antara tempat-tempat
perhentian alam akhirat yang juga dinamakan "Alam Barzakh", tempat
seseorang akan Daripada Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat. Oleh itu jika seseorang terselamat dari huru-hara azabnya, maka huru-hara di tempat lain lebih ringan lagi kepadanya dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru- hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi. (Riwayat At-Tirmidhi dan Ibnu Majah)
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur .............” (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidhi dan an-Nasa'i)Sabdanya lagi yang bermaksud: Daripada Ummi Mubasysyir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah daripada azab kubur, sesungguhnya mereka itu sedang diazab di dalam kubur mereka dengan suatu azab yang dapat didengari oleh haiwan-haiwan." (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani)Sabda baginda lagi yang bermaksud, Dari Al-Bara'bin Aazib ra. katanya, "Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, Ialu kami sampai dikuburnya yang disediakan. Rasullah s.a.w. pun duduk. Lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu, manakala Baginda s.a.w. pula mencucuk- cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada ditangannya. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya Ialu bersabda, "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur (diulangi sabdanya itu) dua atau tiga kali ...........” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) |
||
(h) Menafikan Kedudukan Nabi Adam Sebagai Manusia Pertama Ciptaan Allah s.wt. Kassim Ahmad, juga menafikan tentang kejadian Nabi Adam, seperti mana dakwaannya yang disiarkan oleh Akhbar UTUSAN MALAYSIA, 14 Ogos 1995: “............. NabiAdam bukanlah manusiapertama secara mutlak yang dicipta oleh Tuhan tetapi ia lebih merujuk kepada tiga konsep. Pertama, jelas Dr. Kassim Ahmad, Adam melambangkan manusia, kedua, ia mewakili masyarakat awal tamadun manusia dan ketiga, mewakili rasul-rasul yang pertama dalam masyarakat mereka". |
||
ULASAN Di dalam Al-Quran jelas menyatakan tentang sejarah asal usul kejadian manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmannya di dalam surah Al-Hijr ayat 28- 29 yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Al-Hijr, ayat 28-29)Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Kamu semua adalah anak Keturunan Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah ......... “. (Riwayat Al-Bazzar)Seluruh agama samawdi dunia ini, mengakui Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Perkara ini adalah benar dan diperakui sendiri oleh Al-Quran. Kalau sekiranya kita berpegang teguh dengan Al-Quran, sewajamya kita menerima dan mengakui bahawa Nabi Adam adalah daripada ciptaan Allah. Kalau sekiranya kita tidak mempercayai perkara ini, dengan sendirinya kita tidak percaya kepada Al-Quran dan secara tidak langsungnya kita telah terang-terang menolak Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam, kita wajib beriman dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya. |
||
(i) Menolak Kemaksuman Para Nabi Fahaman ini telah dicetuskan oleh Dr. Rashad Khalifa melalui buku "THE COMPTJTER SPEAKS: GOD'S MESSAGE TO THE WORLD". "And that Mohammad the man committed many mistakes". (hal: 507)Idea yang menyeleweng ini diperkukuhkan lagi oleh Kassim Ahmad melalui buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK" "Jika para nabi itu maksum, mereka bukan lagi manusia. Jika mereka bukan manusia, bolehkah mereka menjadi teladan kepada manusia"? (Hal: 48) |
||
ULASAN Allah s.w.t. telah memilih pada masa-masa yang Ialu, Nabi dan Rasul
untuk menyampaikan perintah-perintahnya, kepada manusia agar manusia
memperolehi Nabi ialah seorang manusia lelaki yang merdeka yang diwahyukan oleh
Allah s.w.t. kepadanya, supaya dia melakukan perbuatan yang baik hanya
untuk dirinya Sedangkan Rasul iaitu seorang manusia lelaki merdeka yang di wahyukan oleh Allah s.w.t. supaya dia beramal untuk dirinya sendiri kemudian menyampaikan wahyu Allah s.w.t. itu kepada kaumnya. Oleh sebab itu tidaklah Nabi itu Rasul, tetapi setiap Rasul adalah Nabi. Segala yang disampaikan oleh Rasul bukanlah daripada emosi dan rekaanya semata-matanya bahkan daripada wahyu Allah s.w.t. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm, ayat 3-4)Para nabi dan Rasul adalah manusia biasa, Mereka makan, minum, tidur, berkahwin, bekerja dan sebagainya, tetapi mereka mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah, kerana Para Rasul ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan segala suruhan dan perintah Allah serta larangan-Nya kepada makhluk Allah. Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul terakhir. Baginda juga adalah manusia biasa. Tidak ada lagi Nabi-nabi dan Rasul selepas Baginda. Baginda adalah termasuk dalam kategori "Ulul Azmi" yang paling tinggi darjatnya di kalangan para Nabi kerana paling banyamenerima ujian Allah. Gelaran ini diberikan juga kepada Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Para Nabi dan Rasul dikurniakan Allah dengan sifat
“maksum" terpelihara daripada melakukan sebarang kejahatan
dan dosa. Ini dapat dibuktikan melalui "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Al-Ahzaab: ayat 21)Para Nabi dan Rasul mempunyai berbagAl-bagai keistimewaan dan mukjizat yang dikumiakan oleh Allah s.w.t. kepada mereka, berbanding dengan kita manusia sebagai hamba Allah yang tidak ada langsung mukjizat yang boleh mengatasi orang lain. Yang kita ada hanyalah akal fikiran yang diberikan oleh Allah supaya kita tunduk dan patuh kepada segala ajaran Al-Quran dan juga menghayati Sunnah Rasullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. diberikan tugas oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan syariatnya seperti firman Allah yang bermaksud: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w.) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Danjika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah, kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa": 170) |
||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(a) Menolak Pensyariatan Sembahyang (i) Di dalam beberapa penulisan mereka, kumpulan ini mendakwa bahawa melaksanakan syariat Islam cukup dengan Al-Quran sahaja, contohnya dalam kaifiat melaksanakan ibadat sembahyang. Umat Islam tidak perlu merujuk kepada amalan Rasulullah kerana amalan sembahyang telah pun ada sejak zaman Nabi Ibrahim. Oleh yang demikian kita boleh melakukan sembahyang dengan cara meniru cara datuk nenek kita melakukannya mengikut cara asal Nabi Ibrahim, Ismail, Yaakub, Musa, Isa dan pengikut-pengikut mereka. Disebabkan Al-Quran tidak menyebutkan perincian, maka cara melakukannya bolehlah dengan akal dan perundingan". (* Fakta ini dipetik dari buku HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK, Kassim Ahmad-hal. 40-41) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ULASAN lbadat sembahyang adalah rukun Islam yang kedua. Setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam, wajib mendirikan sembahyang, kerana ia adalah daripada perintah Allah s.w.t. Di dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai perkara tersebut. Antaranya yang bermaksud: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim: Ia menamakan kamu "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah ( Muhammad ) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dansupaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNYA) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Hajj: 78)Di dalam Al-Quran tidak disebut mengenai cara mendirikan sembahyang. Disinilah peranan hadith yang dapat menerangkan cara bagaimana sembahyang itu didirikan. Cara mendirikan sembahyang hendaklah kita mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakannya, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang" (Riwayat al-Bukhari)lbadat sembahyang yang dikerjakan dengan akal dan perundingan serta menggunakan apa sahaja bahasa, tidak akan diterima dan ditolak Allah s.w.t. kerana rnereka-reka sesuatu yang bertentangan dengan syariat yang telah ditentukan oleh s.w.t. adalah dianggap "bidalah". Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada suruhan Kami, maka ianya ditolak" (Riwayat Ahmad dan Muslim)lbadat sembahyang yang difardukan ke atas umat Islam ialah sebanyak lima waktu sehari sernalam. Ini telah disepakati oleh para ulama berdasarkan firman Allah s.w.t yang bennaksud: "Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad) engkau atau umatmu, pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat". (Surah Hud: 114)Hadis Isra' dan Mikraj yang bermaksud: Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:Daripada penjelasan di atas dapatlah difahami bahawa ibadat sembahyang adalah sebanyak lima waktu bukannya tiga waktu sepertimana yang didakwa oleh Kumpulan Anti Hadith ini. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(b) Menolak Ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang "Aurat Wanita" Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menolak ketetapan yang telah
disyariatkan oleh islam tentang 'Aurat Wanita' yang wajib dipelihara dan
diikuti oleh setiap (i) “............ wanita Muslim boleh memakai apa sahaja pakaian walaupun mendedahkan anggota-anggota berkenaan dengan syarat ia hendaklah bersopan dan tidak menyalahi adat serta budaya masyarakat setempat. Aurat ialah menutup bahagian sulit yang apabila kita dedahkan menjadi sumbang kepada masyarakat. Tanda tentang auialah wuduk. Semasa wuduk, Allah menyuruh kita membasuh muka, tangan dan menyapu kepala. Maknanya kepala itu tidak ditutup, kerana kalau kepala ditutup, tentu Tuhan tidak menyuruh kita menyapunya" (Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia14 Ogos 1995, kenyataan oleh Kassim Ahmad). |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ULASAN Di dalam Al-Quran, surah an-Nur, ayat 31 dengan jelas menyatakan bahawa
aurat wanita ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ..............” (Surah An-Nur, ayat 31)Ayat ini menjelaskan bahawa wanita Islam bukan sahaja diperintahkan supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina dan lain-lainnya, tetapi juga diharamkam mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir iaitu bulatan muka dan kedua tapak tangan (9). Oleh yang demikian, tafsiran mengikut selera sendiri yang menyatakan
bahawa aurat ialah bahagian sulit sahaja dan tanda tentang aurat ialah
wuduk, iidak boleh Di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. diterangkan dengan jelas; mengenai aurat wanita ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya bahawa Asma'binti Abu Bakar pernah masuk
ke rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian
Baginda berpaling dan bersabda "Wahai Asma', sesungguhnya
seseorangperempuan, apabila sudah datang waktu haid, tidak boleh
diperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini (sambil ia menunjukkan muka
dan kedua tapak tangannya. (Riwayat Abu Daud) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(a) Menghina Peribadi dan Kedudukan Rasulullah s.a.w. Antara contoh penghinaan tersebut yang dimuatkan dalam penulisan mereka ialah: (i) "Cuba saudara beri maksud, apabila saudara membaca semasa bertahyat, Betulkah Allah memerintah kita mengucapkan assalamualaikum kepada Nabi semasa Allah memerintah kita BERSOLAT dengannya? Agak-agak saudara apabila memberi salam kepada Nabi Muhammad semasa kita BERSOLAT dengan Allah, Nabi boleh membalas balik SALAM kita atau tidak?" (Petikan surat daripada A. Manan Harun kepada Datuk Abu Hasan Din, 5 Ogos, 1989). |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ULASAN Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul terakhir. Baginda mempunyai peribadi dan akhlak yang terunggul yang diutuskan oleh Allah untuk menjadi contoh teladan kepada umat manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzaab: 21)Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Allah sendiri dan para Malaikat berselawat sebagai penghormatan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.), wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Al-Ahzaab: 56)Sebagai seorang utusan Allah kepada umat manusia, Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai manusia teladan yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan mulia. Perkara seumpama ini tidak perlu disangsikan lagi dan Al-Quran sendiri menyuruh umatnya supaya meneladani dan mengikuti contoh akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian setiap orang Islam wajib beriman kepada Rasulullah
s.a.w. dan menerima serta menurut hukum hakam dan tunjuk ajar Rasulullah
s.a.w. Dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Tuhan yang diri Muhammad di dalam kekuasaannya! tidak ada seseorangpun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan perihalku (menjadi utusan Allah) kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan (agama Islam) yang aku diutus membawanya melainkan ia dari ahli neraka". (Riwayat Muslim)Mengikut pendapat ijma' ulama' bagi keempat-empat mazhab, orang yang mencaci dan menghina Rasulullah s.a.w. adalah murtad dan hukumnya dibunuh. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(b) Mencerca dan Memfitnah Para Ulama Kumpulan Anti Hadith ini juga sering kali mencerca dan memfitnah para ulama dengan berbagai tuduhan melalui penulisan-penulisan mereka. Contohnya: (i) "Seperti Samiri yang telah menggunakan ‘berhala anak lembu'yang telah dibentuk atas arahannya untuk menyesat dan menindas umat Nabi Musa, begitu juga ulama hadith yang lampau ini telah menyesat dan menindas umat Muhammad dengan menggunakan 'Hadith Nabi rekaan mereka. Melalui ajaran mereka, orang-orang Islam telah menjadi orang-orang Musyrik penyembah berhala atau penyembah ulama yang telah membentuk hukum-hakam rekaan mereka melalui apa yang mereka katakan sebagai hadith Nabi. Bukanlah berhala anak lembu yang telah menyesatkan umat Nabi Musa bahkan Samiri. Dan bukanlah Hadith Nabi yang telah menyesatkan umat Nabi Muhammad bahkan ulama hadith yang lampau ini". (Petikan dari buku "PENDEDAHAN KEBENARAN ADALAH DARI TUHAN MU-HADIS DI DALAM AL-QURAN", Idris Abdul Rahman, hal. 147)Selain daripada itu merekajuga memfitnah para ulama melalui ayat Al-Quran dengan memesongkan pengertian ayat tersebut, contohnya: "Dalam hal ini Al-Quran mengatakan: "Wahai orang beriman sesungguhnya kebanyakan pendita-pendita dan alim ulama itu memakan harta manusia dengan cara yang palsu (batil) dan mereka menghalang orang daripada jalan Allah”. (Petikan dari akhbar Berita Harian 14 Julai 1995, tulisan Wadan Kassim, hal. 10). |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ULASAN Umat Islam adalah umat yang terkenal sebagai umat yang paling baik. Ini
telah diperakukan sendiri oleh Allah s.w.t. di dalam surah Aali 'Imran
ayat 110 yang "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar iman) ....... (Ali 'Imran ayat 1 10)Di antara ciri-ciri umat Islam yang paling baik ialah dari segi akhlaknya. Islam mengajar umatnya supaya menghayati akhlak mulia umpamanya mengamalkan sifat hormat menghormati di antara satu sama lain lebih-lebih lagi terhadap para ulama, kerana para ulama ini adalah pewaris Nabi-nabi. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun. (Faatir: 28)Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda "Para ulama adalah ibarat lampu-lampu yang menerangi bumi dan merupakan khalifah-khalifah para Nabi dan pewarisku dan pewaris para Nabi" (Riwayat Ibnu Addi)Peranan para ulama adalah sangat penting di dalam menyampaikan dakwah kepada manusia, menyeru berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Sekiranya dinafikan segala pengorbanan dan sumbangan ulama, maka besar kemungkinan, masyarakat akan hidup di dalam kejahilan tentang ugama Islam dan masyarakat akan hidup di dalam kucar kacir dan berpecah belah. Ulama menyeru manusia berpegang teguh dengan agama Allah dan sentiasa bersatupadu. Dengan wujudnya perpaduan, masyarakat akan hidup di dalam aman, tenteram dan harmonis. Apabila urusan agama diserahkan kepada orang lain yang tidak mengetahui tentang hal ehwal agama, maka akan timbul kacau bilau, porak peranda, perpecahan yang akhimya membawa kepada kehancuran. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda, "Apabila diserahkan sesuatu perkara bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya." (Riwayat al-Bukhari) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(c) Mencabar Dan Mempertikaikan Kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Kumpulan Anti Hadith ini sering kali mencabar Kerajaan, khususnya Pihak Berkuasa Agama supaya mengambil tindakan ke atas mereka jika sekiranya benar fahaman yang dibawa oleh mereka bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya: "Kassim Ahmad hari ini mencabar Pusat Islam serta Jawatankuasa Majlis Agama supaya mendakwanya jika beliau dan anggota-anggota Persatuan Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM) benar-benar menyeleweng".Selain daripada itu, corak propaganda Kumpulan Anti hadith ini yang mempertikaikan tindakan dan kewibawaan pentadbiran agensi-agensi agama adalah merupakan elemen menghasut yang boleh mencetuskan kesangsian terhadap kewibawaan Kerajaan. Contohnya: "Saya yakin pengharaman itu dibuat berdasarkan pendapat daripada sesetengah ulama yang mendesak Kerajaan bertindak demikian dan bukan daripada penelitian yang mendalam. Ini satu perkembangan yang tidak sihat dan bahaya kepada individu Islam yang mahu mengembangkan syiar Islam." (Petikan dari Akhbar Watan, 24-7-95- Kenyatan oleh Kassim Ahmad. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ULASAN Pihak Berkuasa Agama di peringkat Pusat dan Negeri adalah pihak yang mempunyai autoriti yang besar di dalam membuat dan menentukan sesuatu hukum tentang sesuatu masalah yang berlaku di kalangan umat Islam. Para Mufti adalah orang yang berwibawa di dalam memberi dan menjelaskan sesuatu perkara dan hukum di dalam agama. Segala hukum hakam yang telah dikeluarkan adalah diakui sah dan benar, kerana segala kata-kata mereka bukanlah reka-reka dan khayalan bahkan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sikap suka mencabar dan mempertikaikan Pihak Berkuasa Agama adalah dengan sendirinya mempertikaikan pihak Kerajaan yang memerintah. Kerajaan dan Pihak Berkuasa Agama sentiasa bersikap terbuka dengan membenarkan seseorang itu berdakwah kepada orang ramai selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad s.a.w. Setiap perkara yang berhubung dengan selok-belok agama, sewajarnya terlebih dahulu hendaklah dirujuk kepada orang yang arif tentang agama dan begitulah juga dengan ilmu-ilmu yang lainnya, sekiranya kita tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang kami wahikan kepada mereka (bukan Malaikat), maka bertanyalah kamu kepada Ahludz Dzikri (orang yang berpengetahuan agama) "jika kamu tidak mengetahui". (Al-Anbiyaa': 7) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(d) Tidak Mengikut Disiplin limu-ilmu Islam Di dalam menghuraikan ilmu-ilmu Islam, kumpulan Anti Hadith ini juga didapati melanggar disiplin-disiplin ilmu yang telah digariskan oleh Islam. Contohnya perbahasan-perbahasan tentang syariat sembahyang, aurat wanita Islam dan kejadian perkara-perkara ghaib. Penghuraian mengikut akal dan "kaedah saintifik" semata-mata tanpa berpandukan al-Quran, Hadith, ljma' Ulama dan Qias adalah melanggar disiplin ilmu Islam dan akan menyesatkan umat Islam.Kumpulan Anti hadith ini juga tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan syariah Islam. Contohnya, dalam menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran (seperti buku 'BACAAN') menentukan kesahihan ayat-ayat Al- Quran dan Hari Kiamat, Kumpulan Anti Hadith ini lebih mengagongkan dan merujuk kepada -buku-buku yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa dan buku-buku yang ditulis oleh sarjana-sarjana orientalis seperti Ignaz Goldzihar dan Joseph Schacht. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ULASAN Di dalam menghuraikan ilmu-ilmu Islam, Kumpulan Anti hadith juga
didapati melanggar disiplin-disiplin ilmu yang telah digariskan oleh
Islam. Contohnya Kumpulan Anti hadith ini juga tidak merujuk kepada kitab-kitab yang
muktabar dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang
berkaitan Kitab-kitab Tafsir Ma'thur yang masyhur digunakan untuk rujukan,
antaranya adalah seperti berikut:
(b) Kitab Tafsir Rakyu Jaiz yang disepakati ulama' diterima pakai
sebagai sumber rujukan, di antaranya:
Kitab-kitab rujukan di atas adalah menjadi sebagai panduan para ulama.
Pengarang-pengarang kita kesemuanya merujuk daripada kitab-kitab tersebut,
untuk tujuan mengeluarkan sesuatu hukum dan hujjah dalam tulisannya atau
pertuturannya. Sebarang penulisan yang tidak merujuk kitab muktabar adalah
tidak diterima, kerana ia akan menimbulkan kekeliruan akidah khususnya
kepada masyarakat awam. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dengan penjelasan yang diberikan di atas, pihak Kerajaan berharap semoga masyarakat Islam dapat memahami kedudukan sebenar mengenai sesatnya fahaman Anti hadith ini. Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa orang yang berfahaman sedemikian adalah murtad dan terkeluar daripada Islam. Kepada para pengikut Kumpulan Anti Hadith ini, diharap dapat kembali semula ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t. dan kepada orang ramai diseru supaya berhati-hati dan menjauhkan diri daripada terpengaruh dan terlibat dengan fahaman yang menyeleweng ini. Ini amat penting untuk memelihara kesucian akidah setiap individu serta menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara. |
| Bil. |
|
|
| (1) | Muhamad Salam Madkur, Tarikh al-Tasyri'al-Islamiy Wa Masadiruhu, Qahirah 1958,hal. 219 | |
| (2) | Muhammad Ali al-Sais-Tarikh al-Fiqh al-Islamiy, hal. 29. | |
| (3) | Dr. Mustafa as-Sibaie, As-Sunnah Wamakanatuha Fi
Al-Tasyri'al-Islamiy, Damsyiq, Al-Makatabah Al-Islami, Hal. 47 Cetakan 11, 1978 |
|
| (4) | Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jilid I, Hal. 34 | |
| (5) | Muhamad Hamidullab, al-Wathaiq al-Siyasiyah, Beirut, Dar al-lrsyad, 1969, Cetakan 3, Hal. 100-101 |
|
| (6) | Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Jilid 1, Hal. 162-163 | |
| (7) | Dr.SubhiAlSoleh, Ulum Al-Hadith Wa Mustolahulu, Beirut, Dar Al Ilmi Lil Malayyan Cetakan 6, 1971, hal. 32 |
|
| (8) | Jalaluddin As-Sayuti, Al-ltqan fl Ulum Al-Quran, Mesir,
Syarikab Maktabah Wa Matbaah Mustafa Al-Babi AI Halabi Wa Auladuhu, Juzu 1, m.s. 70 |
|
| (9) | Sheikh Muhamad Ali Sais, Ta, ir Ayat Al-Ahkam, Mesir (Azhar),
Cetakan Mohamad Ali Sobeh Wa Awladuhu 1953. Jilid 31 hal. 160. |