PENDAHULUAN
Istilah
‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam
al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat
berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan
ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau
tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf
‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau
‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam.
Negara-negara
di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada
tiga kategori, iaitu;
i.
Negara
Islam.
ii.
Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan.
iii.
Negara kafir yang tidak memerangi Islam.
DEFINISI
NEGARA ISLAM
Beberapa
definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan
cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;
i. Muhammad bin
Hasan As Syaibani:
“Negara
yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang
Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
ii. Muhammad Abu
Zuhrah:
“Negara
Islam ialah negara yang berada
di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan
pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib
dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Berpandukan
kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah
negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia
sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta
dan ianya tertolak.
Malaysia
sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan
peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi
Persekutuan. Peruntukan
ini tidak diadakan
oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin
negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.
ASAS-ASAS
NEGARA ISLAM
Asas-asas
utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam
antaranya ialah;
·
Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah
kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.
·
Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara
Islam.
·
Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan
syiar Islam di dalamnya.
MALAYSIA
ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil
dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam,
jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri
berikut;
·
Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak
turun temurun.
·
Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang
Islam.
·
Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam
sebagai pemunya.
·
Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat
Islam malah dibantu oleh Kerajaan.
·
Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan
muamalat dilaksanakan di serata negara.
·
Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah
rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan
sentiasa ditingkatkan mutunya.
·
Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan
hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.
MALAYSIA
NEGARA SEKULAR ?
Terdapat
di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia
sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih
dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal
daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna
‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman
sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England
yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake
(1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan
manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat.
Dalam
suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi
ciri-ciri berikut;
·
Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya
berpusat pada alam ini.
·
Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan
perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.
·
Agama dan dunia terpisah secara total.
Apa
yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah
berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan
agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat
bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian
suruhan Islam.
Kerajaan
juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah
dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan
tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan
umat Islam di negara ini
adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang
faedah. Status negara Malaysia
sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan,
sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan
berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana
kelemahan dan kekurangan jika ada.
USAHA
YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan
dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam
ialah seperti berikut;
·
Menjaga kepentingan agama serta mentadbir
urusan negara dan umat.
·
Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan
agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak
dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan.
·
Memelihara agama dari sebarang pencerobohan
fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar
Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang
bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
·
Melantik jemaah menteri bagi membantu negara
dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini,
Islam mengharuskan
melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai
menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh
kerajaan.
·
Menyediakan tenaga tentera dan sistem
pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa
dan negara.
·
Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman
bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.
·
Mendirikan dan menguruskan kelicinan
peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan
pentadbiran berkaitannya.
·
Mengendalikan
urusan ibadat haji dengan teratur.
·
Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem.
·
Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana
negara.
·
Menguruskan sistem pentadbiran awam yang
cemerlang.
·
Membanteras jenayah dan sebagainya.
KEWAJIPAN
RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH
Oleh
kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan
setiap rakyat
melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara
lainnya ialah seperti
berikut;
·
Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa
bangga.
·
Bersedia menolong pemerintah dalam
melaksanakan tanggungjawabnya.
·
Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar
seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara
dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.
·
Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan
nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
·
Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri,
masyarakat dan negara.
PENUTUP
Malaysia
sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi
yang diperkatakan oleh
ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang
ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang
perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa
mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah
sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah,
perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam.
Disediakan
oleh;
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
|